Hanya kerana nak nampak kurus dan kacak, BTS Jimin dan Jin sanggup menjalani diet ekstrem dan mencabar sehingga menjejaskan kesihatan mereka.
Dua ahli kumpulan popular ini mendedahkan rahsia mereka melalui program JTBC ‘Please Take Care of My Refrigerator’.
BTS Jimin berkongsi, “Saya mahu kelihatan kacak setiap kali melihat cermin semasa latihan menari, jadi mula sekat jadual makanan, makan sekali sehari selama 10 hari, semuanya kerana mahukan penampilan sempurna.
“Saya bergelut dan susut dengan banyak untuk menurunkan berat badan tetapi masih juga tidak kelihatan kacak,” seloroh Jimin.
Manakala Jin juga menambah, “Sepanjang proses diet, saya hanya mengambil dua pek ayam bahagian dada sehari selama setahun. Disebabkan itu, saya mengalami kekurangan zat makanan.”
Aduhai sedihnya proses diet, hanya makan ayam bahagian dada..