Kejutan buat peminat setia Wana One di Malaysia! Ya, mereka merancang untuk datang ke Malaysia buat pertama kali untuk berjumpa dengan peminat.
Populariti Wanna One tidak dapat disangkal lagi apabila tiket-tiket konsert pertama mereka ‘Wanna One Premier Show-Con’ habis dijual dalam beberapa minit sahaja. Sebulan selepas debut, kumpulan ini membuktikan pencapaian cemerlang apabila meraih anugerah ‘New Korean Wave Rookie Award’ dan ‘New Korean Wave Rising Hot Star Award’ di 1st Soribada Best K-Music Awards.
Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur ‘Wanna Be Loved’ yang dianjurkan oleh IMe Malaysia akan diadakan di Stadium Negara pada 19 Januari 2018, pukul 8:00 malam.
Info mengenai pembelian tiket ‘Wanna Be Loved’:
- Hari pembelian tiket pada 5 November 2017 (Ahad) dari pukul 11:00 pagi hingga 3:00 petang di Empire City, PJ (LG2, Concourse Area). 1 individu boleh membeli maksimum 6 tiket sahaja. Setiap pembelian tiket akan menerima kad pos eksklusif (1 kad pos eksklusif untuk 1 tiket sahaja pada yang terawal).
- Penjualan tiket atas talian dijula pada hari yang sama (5 November) bermula pukul 4:00 petang di www.ticketcharge.com.my.
- Wakil jualan tiket buka kaunter pada 6 November 2017 (Isnin) pada 10:00 pagi. Tiket boleh dibeli di pejabat TicketCharge, Speedy Video, Rock Corner, Chamber Music, PJ Live Arts, kaunter informasi The Mines Shopping Mall dan 1 Shamelin. Selain itu, wakil jualan luar Kuala Lumpur di Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Pulau Pinang) atau hubungi TicketCharge +603-92228811.
Harga tiket ‘Wanna Be Loved’:
- VIP – RM589 (tempat bernombor)
- ROCKZONE – RM489 (berdiri – bebas)
- CAT 1 – RM400 (tempat bernombor)
- CAT 2 – RM350 (duduk – bebas)
- CAT 3 – RM250 (duduk – bebas)
*harga tiket termasuk 6% GST, tetapi tidak termasuk RM4 untuk caj proses
Kelebihan Peminat:
Tiket VIP akan berpeluang untuk memenangi:
- Acara sesi pertemuan
- Sesi beramah mesra diatas pentas
- CD dan poster yang telah ditandatangani ahli Wanna One
- Polaroid swafoto eksklusif
Tiket Rockzone akan berpeluang untuk memenangi:
- Acara sesi pertemuan
- Sesi beramah mesra diatas pentas
- Polaroid swafoto eksklusif
Peminat bertuah akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah melalui barkod tiket (13 digit) pada tiket konsert. Kami akan mengumumkan para pemenang bertuah di platform media sosial.
Pada anda peminat nombor satu Wanna One, besiap sedia untuk TO BE ONE bersama 11 jejaka lincah dan kacak di Malaysia!
Untuk maklumat lanjut mengenai Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur ‘Wanna Be Loved’ layari Facebook iMe (http://www.facebook.com/imemalaysia), Twitter (ime Asia), Wechat (IMEProductions) atau hubungi 03-2715 1843.