Berikutan kejayaan Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan memulakan musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November. Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi.
Bermula 1 November, pengguna Shopee boleh menikmati potongan harga bagi pelbagai jenis produk dari kategori popular termasuk 3 pusingan ‘Shocking Sale’ setiap hari yang menampilkan koleksi 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah. Permainan ‘Spin to Win’ juga dilancarkan semula dengan pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari.
Keseronokan ini meningkat pada hari Kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi. Selain itu, lebih 100,000 produk yang dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/1111. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play.