Seorang pengguna media sosial dari Dallas tampil berkongsi foto pintu tandas di sebuah restoran tempatannya, yang kemudian menarik perhatian netizen dek kerana dilitupi foto potret perubahan Bruce Jenner sebelum dan selepas dia membuat pembedahan jantina untuk menjadi seorang wanita sekaligus menukar namanya menjadi Caitlyn Jenner.
What’s going on here Dallas? pic.twitter.com/CgllDKliE2
— Dom DiFurio (inactive) (@DomDiFurio) October 30, 2017
Foto gergasi itu ditampal di keseluruhan daun pintu bagi menggantikan simbol tandas normal agar ia memudahkan pelanggan yang hadir ke restoran berkenaan untuk mengenal pasti tandas lelaki dan wanita.
Tandas wanita menampilkan potret Caitlyn Jenner yang pernah menjadi kulit majalah eksklusif ketika beliau dipilih menjadi wajah majalah Vanity Fair beberapa tahun lalu, manakala pintu tandas lelaki pula dihiasi foto Caitlyn semasa dia masih seorang lelaki dan merupakan atlet olahraga terkenal yang pernah memenangi pingat emas untuk Olimpik sekitar 1976.
Sebelum ini, Dodie’s Place Cajun Bar & Grill pernah memuat naik kenyataan promosi mereka berkenaan penambahan baru pada restoran mereka itu untuk menarik pelanggan.
Pihak Huffington Post ada cuba mendapatkan reaksi restoran yang mempergunakan perubahan selebriti-atlet merangkap bapa kandung kepada supermodel Kendall dan adiknya Kylie Jenner namun, sehingga kini mereka belum mengemukakan sebarang maklum balas dan masih dalam proses menyediakan kenyataan rasmi berhubung isu hangat tersebut.