Oppo Malaysia selamat melancarkan telefon pintar OPPO F5 dengan memperkenalkan duta produk F5 iaitu Fattah Amin, manakala ‘Ikon Swafoto’ milik Ayda Jebat dan penyanyi terkenal Taiwan, Yoga Lin.
OPPO F5 memberi membawa teknologi baru bagi memberi pengalaman baru dalam hasil swafoto. Teknologi Pengecaman Kecantikan A.I dapat mengenal pasti pengguna melalui keupayaan untuk mengesan jantina dan umur dan membuat penyesuaian yang diperlukan untuk menangkap swafoto yang sempurna.
Pengenalan harga yang amat berpatutan RM1298 sangat sesuai dengan bajet anak muda zaman kini. Dengan harga yang jauh lebih rendah, Oppo memberi aplikasi dan perincian yag lebih hebat dengan OPPO F5
Teknologi Pengecam Kecantikan A.I
Teknologi ini mengumpulkan maklumat dan mengenali ciri-ciri wajah dan berupaya untuk mencontohi kemahiran jurugambar profesional yang dapat membantu swafoto kelihatan lebih menarik. Disamping itu, ia mampu mengenali tona kulit dan jenis, jantina dan umur serta mampu mengesan wajah pengguna dengan terperinci.
OPPO F5 mrempunyai kamera depan 20MP dengan bukaan f/2.0 dan kamera belakang 16MP dengan bukaan f/1.8. Resolusinya lebih tinggi dari telefon jenama lain (2160×1080) Kamera juga boleh memberi kesan ‘bokeh’ dan HDR.
FHD+ Skrin Penuh Peranti dari OPPO
Peranti paparan FHD+ skrin penuh 6.0 inci pertama OPPO, memberi keseronokan visual yang jelas tanpa perlu meningkatkan saiz peranti dengan nisbah 18:9
Ciri ‘Sensor Pengecaman Wajah’
Teknologi pengenalan muka terbaru membolehkan membuka kekunci telefon lebih pantas. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan fungsi cap jari yang berada dibelakang telefon bagi paparan penuh skrin hadapan.
Color OS 3.2 – Sistem pengedalian yang lancar hingga kini
Color O.S 3.2 Oppo bersama RAM 4GB+ memori 32GB ROM memberikan operasi sistem yang lancar. Pengguna juga boleh mengguna dua kad Nano Sim dan satu kad TF sekaligus. Pemproses CPU Octa-core memberi prestasi kelajuan yang lebih tinggi 40%.
Ciri-ciri unik lain – Mudah dan mesra pengguna
Hayat bateri F5 3200mAH membolehkan aplikasi berterusan tanpa gangguan sehingga 12 jam. Fungsi Do Not Disturb memastikan anda tidak akan diganggu semasa bermain game.
OPPO F5 kini boleh dibuat tempahan pre-order bermula 2 November hingga 10 November 2017. Pre-order boleh dilakukan di kedai konsep OPPO dan diseluruh jualan rasmi OPPO Malaysia atau laman rasmi OPPO. Selain itu, melalui laman atas talia Lazada, 11street, Shopee dan lain-lain.
Lebih lanjut mengenai OPPO F5 layari laman rasmi www.oppo.com/my/ atau Facebook Oppo Malaysia http://www.facebook.com/malaysiaoppo/.