Berjudul “Aku Sayang Kamu”, lagu yang dicipta khas oleh Aizat Amdan dan Mel Ramlan untuk menjadi runut bunyi kepada filem Wanita Terindah lakonan Fattah Amin bersama Fazura itu adalah merupakan dendangan remaja 14 tahun yang bercita-cita tinggi bernama Harissa Adlynn.
Biarpun merupakan pendatang baru dalam industri muzik tanah air, Harissa yang berada di bawah naungan syarikat hiburan dan pengurusan artis FASTYLEASIA ini petah bercakap seolah sudah lama menggalas tanggungjawab sebagai seorang selebriti.
Lagu yang berdurasi selama 3 minit 40 saat itu berkisarkan tentang perasaan sayang seseorang terhadap pasangannya seperti yang digambarkan dalam filem tersebut yang akan sudah pun mula ditayangakan di Astro First saluran 480 sejak semalam. Namun menurut Harissa sendiri, lagu ini tidak semestinya boleh ditujukan buat kekasih semata-mata kerana ia juga menggambarkan tetang kasih sayang antara ibu dan anak, sesama sahabat mahupun bagi yang sudah pergi meninggalkan dunia.
Tonton Video Muzik “Aku Sayang Kamu” Nyanyian Harissa Adlynn
Bagi yang emminati lagu “Aku Sayang Kamu nyanyian Harissa Adlynn serta album OST Wanita Terindah edaran Warner Muzik Malaysia Sdn. Bhd, anda boleh mula muat turun lagu menerusi Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder Music dan KKBOX sekarang!
Untuk keterangan lanjut sila klik [www.fastyleasia.com/harissa-adlynn] atau lawat laman Facebook rasmi Warner Music Malaysia [www.facebook.com/wmmdomestic] dan FastyleAsia di [www.facebook.com/fastyleasia]