Pernah pergi melancong tetapi tidak dapat apa yang diri anda mahukan? Senang cerita, terlalu banyak perkara yang terjadi sepanjang di sana sehingga buat diri anda berasa tidak puas dengan percutian tersebut, lebih-lebih lagi apabila bercuti secara berkumpulan bersama teman mahupun ahli keluarga sehingga terjadinya babak-babak drama yang tidak diingini. Hmm… potong mood betul kan?!
Mungkin cita rasa dan sifat anda tidak sama dengan orang lain membuatkan perjalanan percutian idaman anda tu menjadi rumit. Oleh itu, ada baiknya anda memilih lokasi percutian menurut bulan kelahiran ini.
#1 Capricon 22 Dis -19 Jan)
Seorang yang sangat berusaha keras untuk mendapatkan keinginannya, mereka adalah orang bercita-cita tinggi dan mudah bersosial dengan orang ramai biarpun orang yang tidak dikenalinya.
Lokasi Percutian Terbaik: GREECE! Lokasi percutian indah yang berlatarkan pemandangan indah alam semula jadi sambil dikelilingi pulau memang sangat sempurna! Boleh hilangkan tekanan yang anda dan beri masa rehat kepada minda dan tubuh yang selalu dipengaruhi gaya hidup yang sibuk serta jadual tugasan yang padat.
#2 Aquarius (20 Jan – 18 Feb)
Sangat berdikari dan teruja untuk mencabar diri dengan perkara-perkara baru. Mereka sentiasa butuhkan pengembaraan menyeronokkan.
Lokasi Percutian Terbaik: MOROCCO! Di sinilah tempat terbaik untuk anda habiskan masa meronda pekan yang sibuk dan sering dibanjiri orang ramai. Anda juga bakal melihat gaya hidup sebenar orang tempatan sambil menjamu mata dengan 1001 hasil kraf buatan tangan yang cantik-cantik.
#3 Pisces (19 Feb – 20 Mac)
Peramah dan merupakan orang suka mengikut logik akal. Apabila melakukan sesuatu perkara pula mereka tidak pernah mengharapkan balasan. Ini ternyata jiwa mereka adalah sangat ikhlas bahakan seorang yang amat mencintai alam semula jadi.
Lokasi Percutian Ideal: BALI! Penuh dengan misteri yang perlu dirungkai. Tradisi tempatan sedikit sebanyak akan membuka pleuang kepada anda untuk menghargai syurga dunia yang dikelilingi kecantikan alam. Alami kemeriahannya dengan menonton persembuah muzik serta pergi melawat pulau yang dihiasi mercu kuil-kuil lama untuk menghilangkan keghairahan percutian impian anda. Makanan di sini juga menarik untuk dicuba!
#4 Aries (21 Mac – 19 Apr)
Golongan Aries adalah manusia yang sangat patuh akan matlamat hidupannya. Mereka sangat bermotivasi dan optimis!
Lokasi Percutian Ideal: Melbourne! Jelajahlah ke bumi Kangaru ini untuk melihat kesenian budayanya yang penuh dengan keseronokan. Terdapat banyak muzium untuk dilawati serta restoran yang menyediakan makanan enak yang dekat dengan jiwa kebanyakan orang. Janganlupa untuk pergi ke Hosier Lane dan mengambil foto Instagram di sana sambil berlatarkan mural grafiti cantik! Alam semula jadi di sini bersifat tersendiri dan sii pencinta haiwan pasti teruja bila dapat mendekatkan diri dengan beruang koala serta kangaru.
#5 Taurus (20 April – 20 Mei)
Mereka sering mengejar kemewahan dan suka hidup dalam keadaan yang bersenang-lenang. Biarpun begitu, mereka masih manusia yang suka berkongsi dan hatinya mudah dipujuk.
Lokasi Percutian Ideal: Caribbean! Ya, pulau ini adalah pulau yang dipenuhi keindahan mengujakan bahkan menawarkan percutian paling mewah idaman hati kebanyakan orang! Anda pasti tak mahu melepaskan peluang untuk datang melancing ke sini suatu hari nanti.
#6 Gemini (21 Mei – 20 Jun)
Mereka terkenal kerana mempunyai dua personaliti yang bebeza. Gemini adalah orang yang tidak tetap pendirian. Adakalanya mereka lekas berasa bosan dan adalakalanya mereka sangat spontan dan menyeronokkan.
Lokasi Percutian Ideal: Toronto! Keadaan berbilang kaum dan masyarakat di sini akan membuatkan diri anda ceria sentiasa. Terdapat pelbagai budaya yang boleh dipelajari dan dialami supaya anda tak lekas bosan. Paling seronok adalah waktu malam kerana bandar di sini akan meriah pada waktu malam.
#7 Cancer (21 Jun – 22 Jul)
Suka dimanja namun mudah terpengaruh dengan emosi. Mereka gemar mendapat perhatian daripada orang sekeliling. Sangat setia dan sangatmengambil berat akan orang lain juga!
Lokasi Percutian Ideal: Boracay! Destanasi pulau indah di Filipina ini pastinya akan mengembirakan hati anda yang mudah lara tu. Angin sepoi-sepoi bahasa serta cahaya matahari pasti menceriakan.
#8 Leo (23 Jul – 22 Ogos)
Berani menempuh apa sahaja yang mendatang dalam hidupnya, mereka sering mencari belas untuk diagungkan ramai. Leo juga seorang yang berkeyakinan tinggi dan gemar menunjuk-nunjuk kehebatannya dihadapan orang ramai. Ops! Memang sukakan perhatian… but in a good way.
Lokasi Percutian Ideal: Iceland! Penuh dengan jiwa pengembaraann. Di sini pemandangannya memukau dengan gunung-ganang, air terjun, seni bina warna-warni serta landskap yang tiada bandingannya! Jika ada masa lapang, boleh pergi ke restoran mahupun mana-mana galeri yang berdekatan untuk merasai sendiri pengalaman terbaik seperti orang tempatan yang kemudian boleh dibawa pulang sebagai bekal memori paling berkelas.
#9 Virgo (23 Ogos – 22 Sept)
Tak suka perkara tanpa bukti yang kukuh. Virgo tidak akan mudah percaya bulat-bulat akan percakapan atau kenyataan yang dikeluarkan orang lain.
Lokasi Percutian Ideal: Belgium! Kota lama ini adalah antara lokasi paling artistik kerana dikerumuni seni bina lama dan pastinya mengujakan untuk si peminat bangunan. Jom jelajah ke bumi artisan ini untuk lihat dan alaminya sendiri supaya kehidupan anda yang sendu tu lebih bermakna.
#10 Libra (23 Sep – 22 Okt)
Libra mahukan kehidupan yang stabil dari segala segi. Oleh itu, mereka sering mempunyai masalah untuk membuat keputusan yang tetap kerana terlalu asyik untuk mempertimbangkan semua perkara dari A hingga Z. Hmm… terlalu terperinci sangat orangnya.
Lokasi Percutian Ideal: Croatia! Di sini ada apa yang anda perlukan. Dikelilingi sejarah yang tidak membosankan kerana dalam masa yang sama masih mempunyai tariakn yang lain seperti kecantikan alam serta pemandangan lautan biru yang mendamaikan.
#11 Scorpio (23 Okt – 21 Nov)
Scorpio adalah insan yang paling cerewet! Mereka suka mengawal keadaan dan mengambil alih kuasa demi kepuasan diri. Sukakan cabaran dan adakalanya sukar mendapatkan masa untuk menenangkan diri snediri.
Lokasi Percutian Ideal: Jepun! Ayuh terokai misteri dan keindahan menenangkan di sini agar Scorpio boleh menarik hela nafas yang panjang seraya bermuhasabah diri secara sempurna. Ambil masa untuk relaks dan enjoy dengan persekitaran Jepun yang
#12 Sagittarius (22 Nov – 21 Dis)
Suka mempelajari ilmu baru dan dalam masa yang sama terbuka untuk menerima pelabagi cabaran yang mampu mengertak jiwa seorang pengembara yang ada di dalam diri. Ada tak boleh keseorangan dan cepat takutkan kebosanan.
Lokasi Percutian Ideal: New Zealand! Terdapat bermacam aktiviti lasak yang ditawarkan termasuklah bungee jumping, kayak, mendaki gunung dan banyak lagi. Jika anda kaki fotografi, bumi New Zealand ini adalah lokasi paling best untuk dituju. Alam semual jadi di sini pasti membuatkan anda jerit “wow” sekuat hati!
Selamat bercuti semuanya! ❤️