Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

Habiskan Hujung Minggu Dengan 8 Aktiviti Menarik Bersama Keluarga!

by Malisa Aina
November 4, 2017
30
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Penghujung tahun semakin hampir. Dengan bermulanya cuti sekolah tidak lama lagi, masanya amat sesuai untuk merancang aktiviti seronok dengan keluarga. Aktiviti luar pastinya satu cara yang hebat dan menyeronokkan untuk menghabiskan masa. Jadi mengapa duduk terperap di rumah sahaja sedangkan cuaca begitu baik di luar? 

Foto – Insur Guide Online

Berikut adalah beberapa idea untuk merangsang ahli keluarga agar keluar menghabiskan masa di luar rumah:

Keluarkan raket

[Review Filem] BEDDUA: The Curse, Hanya Untuk Mereka Yang Kuat Semangat

September 29, 2018

Ini Cara Terbaik Manfaatkan Masa Hujung Minggu

July 27, 2017

Sukan raket seperti tenis memerlukan pemain berlari, melompat dan berfikir secara taktikal. Ini melatih bukan sahaja anggota badan tetapi juga otak! Tambahan pula hanya 12 minit bermain tenis diperlukan untuk membakar 105 kalori!

Berkunjung ke pantai

Cahaya matahari membekalkan banyak Vitamin D. Ketika cuaca baik, eloklah keluar rumah. Berkunjung ke pantai sememangnya pilihan yang tepat. Air yang jernih, pasir halus memutih, kenangan manis bersama keluarga dan pemandangan indah.

Main bola

Tidak semestinya perlu mengembara jauh dari rumah. Bahagikan ahli keluarga kepada pasukan dan adakan perlawanan bolasepak di taman berdekatan. Anda dapat udara segar, senaman, peluang mengeratkan ikatan kekeluargaan dan keseronokan berpanjangan.

Lawatlah zoo

Tahukah anda bahawa mendekati haiwan meningkatkan rasa empati terhadap insan dan makhluk lain? Berkunjunglah ke zoo membelai haiwan atau beri makan kepada itik. Rasa ingin tahu anak-anak pasti meningkat apabila melihat haiwan liar eksotik di habitat semulajadinya.

IKLAN

Bercucuk tanam

Mahukah anda agar anak-anak makan sayur-sayuran? Galakkan mereka bercucuk tanam. Menanam sayur aktiviti yang menyeronokkan dan bersifat pembelajaran. Bukan itu sahaja, anak-anak juga akan lebih berminat memakan sayur-sayuran yang mereka tanam sendiri.

Naik rakit

Inginkan pengalaman membina pasukan yang paling menyeronokkan? Cubalah aktiviti rakit redah jeram bagi meningkatkan keyakinan diri dan rasa hormat daripada orang lain. Tetapi ingat – pegang kuat!

Pergi berkhemah

Berkhemah adalah cara yang terbaik mendekati alam semulajadi dan melupakan bandaraya yang penuh pencakar langit konkrit. Ajaklah keluarga berkhemah. Tidak hairanlah kajian menunjukkan mereka yang berkhemah kebanyakannya individu yang lebih gembira.

Kaji bintang

Kali ini, bukan matahari yang anda cari, tetapi bulan dan bintang. Anak-anak yang cenderung kepada astronomi pastinya akan seronok keluar berjalan di waktu malam melihat bintang. Tiada yang lebih baik daripada menghabiskan masa melihat bulan dan berbual-bual dengan mereka yang tersayang. Tambahan pula, udara malam yang nyaman akan memastikan anak-anak tidur lebih nyenyak.

Foto – Windowbox.com

Jadi, habiskan hujung minggu lakukan aktiviti best ini bersama keluarga tersayang okay!

Tags: 8 aktiviti menarik8 aktiviti menarik hujung minggu8 cadangan aktiviti hujung mingguaktiviti hujung mingguaktiviti hujung minggu bersama keluargatips aktiviti cuti sekolahtips aktiviti hujung minggu
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

‘Bersihkan’ Kawasan Intim Dengan Lakukan Brazilian Wax Di Sekitar KL

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.