Tular di media sosial, koleksi foto bintang Korea hebat Kim Won Bin di usia mudanya sekitar 20-an telah muncul semula dan hangat diperkatakan. Rata-rata kagum dengan kekacakan rupa paras yang dimilkinya.
Dikenali sebagai pelakon terbaik dan terkacak di Korea Selatan, jadi sudah tentu anda dapat mengagak bagaimana rupanya ketika remaja.
Won Bin membuatkan ramai wanita gila bayang sejak debut sulungnya menerusi drama KBS Propose pada tahun 1997.
Dengan fizikal yang tinggi lampai, kulit sawo matang (kulitnya agak tan, terserlah imej kelakian), bentuk muka dengan dagu yang agak tajam dan runcing menyebabkan beliau digelar “CG” (Computer Graphics), segalanya kerana rupa paras yang sempurna.
Tak percaya? Lihat sahaja ketika beliau berambut panjang paras bahu. Siapa aktor lelaki yang boleh berambut sebegini?
Dan siapa yang tak boleh lupa Won Bin dalam drama yang mencipta fenomena di Malaysia suatu masa dahulu, Autumn In My Heart bersama Song Hye Kyo dan Song Seung Hun.
Sama ada tua atau muda, nampaknya Won Bin langsung tidak dimamah usia.
Drama Autumn In My Heart forever be my favourite!