Remehnya membuat roti seperti pizza ini, kita perlukan doh untuk membuat dasarnya yang kemudian akan disapukan pes tomato serta taburan inti (topping) mengikut cita rasa. Mana hendak kembangkan tepung dengan ragi lagi… ambil masa kan?
Bila beli pastri pizza yang siap sedia ada di kedai pula, kadang-kadang tekstur rotinya itu keras sekaligus membuatkan pizza itu sendiri tidak menjadi.
Tonton Tutorial Membuat Pizza Tanpa Roti
Oleh itu, jom Wanista ajarkan anda cara mudah bagaimana hendak membuat pizza tanpa menggunakan sebarang doh yang diperbuat tanpa tepung.
Bahan:
- 2 Cawan Keju Mozarella (diparut)
- 8 keping papperoni (daging/ayam)
- Secubit herba oregano atau Italian Herbs
- 1/2 cawan sos pizza atau pes tomato serbaguna (dipanaskan untuk dijadikan sos cicahan)
Cara:
1. Dengan menggunakan kuali anti-lekat. Pasang api pada suhu serdehana lalu taburkan parutan keju pada bahagian permukaan kuali secara rata.
2. Kemudian, susun pula pepperoni, taburkan herba oregano serta sayur-sayuran lain jika mahu. Boleh juga gantikan kepingan papperoni dengan daging cincang serta crab stick.
3. Biarkan keju mencair dan intinya masak seketika.
4. Keju akan mencair dah berubah menjadi kerak garing. *** Itu tandanya pizza tersebut sudah masak
5. Bila kerak keju sudah mengeras, boleh alihkan keseluruhan pizza tersebut daripada kuali.
6. Sejukan dan potong sebelum nikmatinya bersama teman-teman atau keluarga.
7. Cicah potongan pizza dengan sos pizza pilihan.
Senang kan? Nikmati kerangupan kerak keju yang menyelerkan! Selamat mencuba! ❤️