Kita sering kali melihat bentuk-bentuk apabila melihat awan atau apa sahaja objek yang boleh kita kaitkan dengan kehidupan seharian betul tak?
Hal itu sebenarnya dijelaskan sebagai “Pareidolia”, iaitu sejenia kondisi atau fenomea psikologi berlaku apabila minda seseorang bertindak balas dengan rangsangan – yang lazimnya dikaitkan dengan imej atau bunyi yang sebenarnya tidak wujud.
Baru-baru ini, seorang wanita telah menjumpai struktur wajah mirip Perdana Menteri Amerika Syarikat, Donald Trump, di dalam telinga anjingnya.
Jelas tuan anjing jenis Beagle itu, ia mengambil masa beberapa ketika untuk dia benarmengecam imej tersebut danapa yang pasti, ia merupakan penemuaan ganjil yang sanggat mengujakan.
Jelas Jade Robinson lagi, foto imej itu mula tular sebaik dia memuat naiknya ke akaun Facebook dan netizen mula memberi reaksi lucu kepada foto berkenaan.
Imej dalam telinga anjing bernama Chief yang lebih jelas setelah dizum kamera, memperlihatkan struktur wajah Donald Trump dari sisi.
Ini termasuklah seorang makciknya yang meninggalkan komen berbunyi:
“Anjing itu pasti ‘kesakitan’ kerana menyimpan Donald Trump di dalam telinganya“.
Jade amat gembira kerana anjingnya yang diberi nama Chief dan baru sahaja berusia dua tahun itu membuatkan ramai orang ceria biarpun hanya kerana keadaan telinganya itu.
Dalam masa yang sama, orang ramai kini sedang giat mengumpulkan dana untuk menanggung kos rawatan telinga Chief yang abnormal.