Selepas mendapat sambutan menerusi koleksinya yang terdahulu bersama The weeknd, kali ini PUMA sekali lagi memberi keterujaan kepada para pengikut dan penggemar helaian fesyennya dengan beberapa helaian terbaharu yang menyaksikan denim sebagai fokus utama untuk koleksi musim luruh dan sejuk tahun ini.
Koleksi itu mendapat sentuhan magis -mengetengahkan konsep versatile termasuklah jaket denim lusuh yang diterap dengan perincian kolar berwarna serta lapisan fabrik bercetak untuk cetus fenomena eksentrik lagi menawan.
https://www.youtube.com/watch?v=U-H3vKwI8Jo
Rekaan celana jeansnya pula membawakan suatu kelainan apabila perinciannya dapat dilihat pada bahagian belakang dan bukannya terletak di hadapan seperti kebanyakan jeans yang kita sering lihat.
Antara helaian lain daripada koleksi terkini PUMA x XO yang bakal dipasarakan bermula 26 November ini adalah termasuk baju-T, hoodies, kimono denim, beg duffle, topi dan banyak lagi.
Dengan pelancaran koleksi ini juga, Puma mengambil kesempatan untuk memperkenalkan sepatu PUMA XO Parallel yang memiliki reka bentuk ‘gagah’ bersesuaian dengan jiwa anak muda ranggi masa kini.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.puma.com] atau lawat laman facebook rasmi PUMA Malaysia di [www.facebook.com/PUMAMalaysia].