Walaupun sedang berlangsung sukan basketball di depan mata, tetapi nampaknya pasangan sejoli ini tidak kisah akan semua itu, malah mereka lebih tertumpu kepada satu sama lain. Siapa mereka?
David Foster, 68, dan Katharine McPhee, 33, dilihat tidak berminat dengan perlawanan basketball antara Los Angeles Lakers menentang Memphis Grizzlies, sebaliknya memilih berborak antara satu sama lain.
Melalui bahasa tubuh McPhee dan lirikan matanya, kita dapat mengagak penyanyi dan pelakon ini dilamun cinta bahkan memberi respon setiap kata yang diucapkan Foster.
Lihat sahaja pandangan McPhee kepada Foster. She’s totally in love!
Dilaporkan, pasangan yang dikhabarkan bercinta pertama kali bertemu pada tahun 2006 program American Idol di mana McPhee merupakan peserta dan Foster adalah mentor. Dan sejak itu, mereka mula rapat dan kembali bekerja bersama dua tahun kemudian.
Walaubagaimanapun, perhubungan mereka tidak disenangi netizen malah merasakan pengarah muzik ini terlalu tua untuk McPhee bahkan mereka sudah seperti bapa dan anak lagaknya.
“Another old man and a young woman. Nothing’s changed. It makes him look good, but it makes her look older.”
“Nothing like dating your dad…. UGH….”
“She just reeks of desperation.”
Apa kata anda?