Selepas berita hangat selebriti Justin Bieber dan Selena Gomez berbaik tersebar luas sejak dua minggu lalu, terbaharu, Chloë atau nama sebenarnya Chloë Grace Moretz, 20, tampil mengesahkan bahawa dia kini bercinta semula dengan anak teruna kepada pasangan selebriti A List Hollywood David dan Victoria Beckham! Siapa lagi kalau bukan Brooklyn Beckham, 18, sejak September lalu.
BACA: Eksklusif! Akhirnya Selena Gomez Terima Justin Bieber Semula Dalam Hidupnya
Pada sebuah acara keramaian anjuran XBOX ONE X VIP dan XBOX Live Session yang berlangsung di New York Isnin lalu, mereka dilihat hadir bersama untuk memeriahkan majlis tersebut sambil mengenakan pakaian sedondon.
Pada Mei, sewaktu muncul dalam sebuah rancangan bual bicara The Talk, Chloë pernah menyatakan bahawa perpisahannya dengan kekasihnya itu adalah disebabkan pengaruh tekanan daripada paparazzi yang sering memaksa mereka untuk menonjolkan diri dengan menjaja cerita peribadi mereka sebagai bahan tontonan umum.
“Sejak dari itu, hubungan kami mula terumbang-ambing meskipun sudah dua tahun bersama dan akhirnya putus sebelum bertaut semula bulan September baru-baru ini,” jelas Chloë yang pernah menjadi heroin utama dalam filem romantis kekeluargaan “If I Stay”.
Bulan lalu sebelum menyatakan kebenaran tentang hubungan mereka yang sudah kembali pulih secara rasmi, Brooklyn ada berkongsi satu foto memperlihatkan imej kasut vans yang memiliki perincian sama dan sebagai kapsyen, Brooklyn menulis “Orang yang paling bertuah di dunia” berserta emoji bentuk hati yang kemudian dipautkan foto itu kepada akaun Instagram milik Chloë.
https://www.instagram.com/p/BZ1HBkKDT_B/