Minggu lalu memang menjadi bualan dunia apabila terlihat sepasang bekas kekasih iaitu Selena Gomez dan Justin Bieber kembali keluar bersama!
Mereka dilihat bergembira menunggang basikal dalam keadaan ceria sekali dan yang paling buat internet meletup bila Selena letak kepalanya di bahu Justin! Seperti biasalah peminat yang setia mengharap #jelena kembali muncul secara realiti kini menarik nafas lega bila #JELENA jadi kenyataan.
Sejujurnya hubungan putus-baik Selena dan Justin tidak lah jarang berlaku. Lihat sendiri bila Miley dan Liam kembali berbaik begitu juga dengan Brooklyn dan Chloe, kalau bukan di dunia selebriti sekalipun ada ramai lagi kembali bersama dengan bekas kekasih kerana mungkin he or she is the one.
Nampaknya akhir tahun 2017 adalah tahun yang terbaik untuk peminat #jelena. Jom sama-sama kita imbas kembali detik cinta Selena Gomez dan Justin Bieber.
2010 – Muncul khabar angin mereka mula bercinta, namun bila ditanya oleh Ellen Degeneres tentang Justin Bieber, Selena hanya menjawab “He’s little. He’s like my little brother,”.
Januari 2011 – Walaupun masih belum kesahihan tentang hubungan cinta nampaknya mereka sangat berani menunjukkan aksi mesra ketika bercuti di St. Lucia.
Februari 2011 – Yes! Mereka debut as couple! Keluar sebagai pasangan ketika majlis karpet merah Vanity Fair Oscars Party.
Mei 2011 – Lagi sekali tampil bersama di Billboard Music Awards dan Selena tak segan silu menghadiahkan ciuman buat Justin yang memenangi 6 kategori berturut-turut.
Mei 2011 – Percutian mereka berdua ini dikatakan paling mesra. Paparazzi sempat merakam beberapa gambar ‘panas’ kekasih muda bercuti di Maui, Hawaii.
Ogos 2011 – Ceria bersama ketika bergambar untuk Teen Choice Awards.
September 2011 – ‘Brangelina 2.0’. Justin tweet gambar beliau dan Selena bersama enam bayi. Kononnya mereka berdua seperti pasangan Hollywood terkemuka Angelina Jolie dan Brad Pitt. Jauh berangan Justin!
November 2011 – Pasangan dua sejoli ini tidak pernah berenggang walau dalam apa jua majlis.
April 2012 – Menyaksikan perlawanan bola keranjang tapi babak mesra mereka juga jadi tumpuan kamera ya..
Julai 2012 – Foto terakhir mereka bersama sebelum berpisah pada November 2012.
April 2013 – Bermula pasang surut dalam hubungan mereka berdua namun Justin mengesahkan mereka baik-baik sahaja dengan memuatnaik gambar comel Selena memeluknya dari belakang di akaun Instagram. Beserta kaspyen “‘You’ve been makin music for too long babe come cuddle’ – her,”.
Julai 2014 – Justin sekali lagi muatnaik gambar mereka berdua dengan #Heartbreaker.
November 2014 – JaMereka dikatakan sah berpisah selepas 3 tahun bersama. Saat ini adalah momen paling sedih untuk penyokong #Jelena. Setelah itu mereka mula dengan haluan masing-masing. Dimana Selena dikatakan bercinta dengan DJ Zedd, manakala Justin semakin liar bersama model Hailey Baldwin dan Sofia Richie.
November 2015 – Masih lagi khabar angin dilihat Justin dan Selena keluar bersama walaupun setelah berpisah.
Januari 2017 – Opps! Selena Gomez bertaut cinta dengan penyanyi The Weeknd
Ogos 2017 – Justin mengeluarkan lagu bertajuk ‘Friends’. Kalau dengar betul liriknya seolah-olah dituju khas buat Selena.
Oktober 2017 – Sah berpisah dengan The Weeknd, dilihat Selena dan Justin keluar bersama! Paling menarik mereka keluar sebagai rakan selepas Selena mengumumkan tentang pembedahan buah pinggang. Nampaknya lagu ‘Friends’ Justin berjaya pancing Selena.
November 2017 – Masih belum pasti mereka kembali bersama atau hanya sebagai rakan baik. Lihat sahaja reaksi wajah mereka berdua, bahagia sangat kan!
Bukan setakat itu sahaja, Selena juga pergi melihat Justin bermain hoki ais dan ya dia pakai baju panas milik Justin!
Jadi apa pendapat anda tentang pasang surut hubungan cinta dua penyanyi pop ini. Dapatkah mereka diberi peluang kedua untuk bersama atau hanya kekal sebagai rakan baik?
p/s – Kim Kardashian pun rasa mereka sangat cute bila bersama tau!