Sudah menjadi pertanyaan bila pasangan yang telah bersama 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun atau lebih dari 20 tahun lamanya. Apa rahsia mereka kekal bersama? Tak bosan ke asyik tengok muka yang sama? Memang tak bosanlah kalau yang satu itu sentiasa mengisi kekosongan dijiwa. Psstt! Orang yang dah bercinta jer faham artikel ini.
Tunjang utama dalam percintaan ialah kepercayaan. Kalau tiada percaya antara satu sama lain memang mustahil untuk bersama. Komunikasi dalam hubungan juga termasuklah rasa hormat dan sempadan antara anda dan pasangan bukan sekadar cakap-cakap tapi secara intelektual juga perlu ada.
Tapi orang kata sepatutnya tidak perlu ada rahsia dalam hubungan, habis kenapa kena ada sempadan pula?
Fahamkan dahulu 5 sempadan yang anda dan pasangan perlu amalkan untuk menyemarakkan lagi rasa cinta.
#1 Cara anda menasihati satu sama lain
Bila hidup berdua anda kena meletakkan diri untuk dua orang, anda tidak boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Dalam apa jua cara sekalipun cuba untuk bersabar dan menerima pendapat, teguran dan nasihat daripada satu pihak yang lain. Memberi dan menerima nasihat daripada pasangan juga merupakan suatu tanda anda mengasihi dan menghormati pendapatnya. Ingat anda dan pasangan merupakan individu yang berbeza namun itulah yang memberi keunikan dalam hubungan.
#2 Cara anda dan pasangan bertelagah
Lihat cara anda menyelesaikan masalah, adakah anda dan pasangan berpegang pada fakta atau terus melibatkan hal peribadi yang lain? Atau ada pasangan yang lebih suka mendiam diri? Biar, lihat sendiri bagaimana secara semulajadi masalah itu sendiri tapi yang hadapinya lah dengan tenang dan saling mendengar satu sama lain.
#3 Kekerapan berkomunikasi
Mungkin cara kerja anda berbeza dari pasangan, anda boleh menggunaka telefon tetapi tidak dia. Cara komunikasi mungkin sedikit terbatas tapi ia membenarkan anda untuk sedikit kelapangan untuk masa sendiri ‘me time. Cuba anda dan pasangan cipta satu cara untuk anda sentiasa berkomunikasi tanpa berfikir rasa sangsi satu sama lain.
#4 Komitmen
Jangan sesekali untuk cuba mengawal perkara peribadinya yang lain seperti komitmen kerja atau masalah keluarganya. Ia boleh beri rasa terancam dalam hubungan bila urusan masuk campur tanpa izin berlaku. Seeloknya biar si dia sendiri yang membuka ruang untuk anda mengenali urusan komitmennya.
#5 Kehendak antara satu sama lain
Jika ya katakan ya, jika anda tidak boleh membantunya, jujur sahaja kata anda tidak boleh. Cuba bersikap terbuka bila untuk membuat sesuatu kepadanya. Jangan kerana terpaksa, biasakan diri anda dan pasangan untuk jujur dan berbincang jika terdapat sebarang halangan untuk mencapai kata sepakat.