Bertuahnya G-Dragon!
Apa tidak jenama kasut Nike telah mengeluarkan sepasang kasut khas dan mendedikasinya kepada G-Dragon seorang sahaja. Bayangkan hanya ada satu sahaja dalam dunia. Hebat!
Hadiah eksklusif ini direka oleh KB Lee, seorang pereka yang berpusat di Seoul. Berkongsi foto di Instagram, KB Lee menamakan kasut tersebut “Flower Road” sesuai dengan cetakan floral yang diketengahkan pada kasut edisi khas Nike Air Force 1 Low. Bahkan juga disemat dengan logo PEACEMINUSONE di dalamnya.
Mungkin ini sebagai penghargaan selepas koleksi Nike Air Vapormax yang dipromosikan oleh ikon fesyen ini habis terjual dalam masa kurang dari satu minit di Korea Selatan sahaja.
Untungnya!