Moto G5s Plus dari Lenovo Mobile dan Motorola Mobility kini sudah berada dipasaran Malaysia dengan memperkenalkan G-series yang pertama kamera belakang berkembar 13MP. G5s Plus bakal memberi kepuasan kepada pengguna untuk pengalaman dalam inovasi kamera, bateri dan rekaan.
Harga perkenalan yang berpatutan iaitu RM999, pelanggan boleh mendapatkan Moto G5s Plus di stor jenama Motorola dan kedai-kedai pengedar sah seluruh negara atau di Lazada http://www.lazada.com.my/motorola-malaysia-official-store/ untuk pembelian atas talian.
Menarik tentang Moto G5s Plus antaranya:
- Paparan skrin 5.5 inci HD.
- Menggunakan prosesor Qualcomm Snapdragon 2.0GHz octa-core.
- Pengecas TurboPower yang hanya mengecas selama 15 minit untuk hayat bateri selama 6 jam.
- Pelbagai fungsi pengesan jari untuk membuka kekunci telefon dan mengunci semua fail dan maklumat peribadi secara selamart.
- Perkenal Moto Experiences terbaru iaitu Night Display dan Quick Reply.
- Terdapat dalam dua warna eksklusif: Lunar Gray dan Blush Gold.
Lebih banyak lagi mengenai pengalaman Moto G5s Plus layari laman sesawang Moto Malaysia http://moto.com/my atau ikuti laman Facebook http://fb.com/MotoMsia.