Anda mencari produk organik terbaik? Melvita, jenama yang berasal dari Perancis ini adalah terbaik untuk anda.
Meluaskan empayarnya, Melvita kini buka kedai konsep yang lebih besar dan luas di Suria KLCC.
Apa yang lebih istimewa ialah kedai konsep baru di Suria KLCC ini akan menjadi kedai pertama yang mempunyai pelbagai rangkaian produk dari Argan Oil. Di sini, peminat Melvita akan mendapat pemahaman yang lebih baik mengenai manfaat kecantikan Argan Oil dan ianya 100% nutrien yang tulen.
Selain memfokuskan pada Argan Oil, kedai konsep baru di Suria KLCC ini turut menyediakan sudut ”Stop Nasties, Start Organic”. Sudut ini bertujuan untuk meyakinkan semua pelanggan bahawa Melvita tidak membawa apa-apa ramuan ‘jahat’, untuk memberikan hasil jangka panjang melalui produk penjagaan organik yang sihat. Di sudut ini juga, perunding kecantikan Melvita dengan senang hati akan menasihati anda mengenai kesesuaian produk dan menawarkan tip kecantikan yang disesuaikan.
Melvita terletak di: Lot 228B, Tingkat 2, Suria KLCC.