Kita lupa, rata-ratanya akan terperuk berehat di rumah setelah penat bekerja selama lima hari dan ada yang enam hari berturut-turut dalam seminggu. Sesungguhnya beriadah adalah salah-satu cara paling ideal untuk melepaskan lelah bekerja dan dalam masa yang sama menggalakkan kesihatan jantung serta kecerdasan otak.
Daripada asyik pergi membeli-belah dan makan-makan sahaja jadi apa kata kali ini kita ajak keluarga, teman-teman atau kekasih pergi melepaskan tekanan jiwa dengan melakukan aktiviti-aktiviti lasak merangkumi sukan ekstrem di beberapa lokasi pilihan Wanista ini!
Jom gugat adrenalin korang!
#1 Breakout
Sertai pengembaraan mencabar mental dan fizikal untuk menyelesaikan seribu satu misteri.
Selaku pemain, anda bersama dengan teman-teman akan berdepan dengan teka-teki bagi mencari petunjuk dan menyelsaikan permasalahan sebelum berjaya menemui jalan keluar.
Setiap jalan cerita perlu diselesaikan selama 45 minit, dan para peserta akan dikurung dan diuji mengikut jalan cerita yang dipilih. Hanya kumpulan yang mahir dan bijak sahaja boleh melepasi “penderaan mental dan emosi” ini.
Harga yang ditawarkan juga adalah mengikut bilangan ahli dalam kumpulan iaitu:
2 Orang: RM106 | 3 Orang: RM143.10 | 4 Orang: RM169.60 | 5 Orang: RM201.40 | 6 Orang: RM241.70 | 7 Orang: RM267.10 | 8 Orang: RM305.30
Tonton Trailer Pengenalan Breakout
Alamat: L4 – 09A , Level 4, Nu Sentral, 201, Jalan Tun Sambathan, 50470, Kuala Lumpur
No. Tel: 03-2276 3705
Waktu Operasi: –
Laman Sesawang: [www.breakout.com.my]
#2 Enerz Indoor Extreme Park
Anda gemarkan sukan “parkour” yang menguji kecekapan pergerakan tubuh? Anda memang wajib ke sini!
Enerz Indoor Extreme Park adalah taman sukan ekstrem yang bertempat di dalam sebuah gudang gergasi. Hadirkan diri ke sini bersama sahabat handai mahupun kaum keluarga untuk berseronok secara sihat. Lompat tanpa henti dan cabar diri untuk melepasi beberapa siri halangan.
Kanak-kanak juga tidak terbatas untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik di sini.
Jika anda merancang mahu menyambut majlis keraian seperti ulang tahun mahupun menganjurkan khursus korporat untuk kakitangan pejabat, Enerz ada menawarkan pakej terbaik yang istimewa untuk pengunjung berkumpulan.
Tonton Pengenalan EnerZ Extreme Park
Alamat: Lot 791, Persiaran Subang Indah, Subang Jaya, 47500
No. Tel: 011-1500 0066
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (1pm – 9pm) | Sabtu (10am – 9pm) | Ahad (10am – 8pm | Cuti Umum & Cuti Sekolah (10am – 9pm)
Laman Sesawang: [enerz.my]
#3 District 21
Merupakan antara taman tema ekstrem yang popular, District 21 menyediakan lebih 10 tarikan yang dimuatkan dalam kawasan yang berkeluasan 70,000 kaki persegi! Ini termasuklah aktiviti memanjat, melompat, mengelongsor dna banyak lagi.
Ciri-ciri keselamatan di sini adalah bertepatan malah ianya strategik kerana berada di dalam bangunan yang bertutup.
Bukan itu sahaja, taman tema ini juga pernah diiktiraf oleh Malaysia Book of Record tau.
Pengujung yang mempunyai had ketinggian sekurang-kurang 90cm boleh menyertai aktiviti di sini dan harga pas kemasukan adalah RM58 (hari biasa) atau RM75 (harga tiket hujung minggu dan cuti sekolah) seorang. Bagi kanak-kanak atau warga emas yang tidak berupaya untuk bermain tetapi masih mahu bersiar-siar di dalam District 21 ini, harga pas kemasukan adalah RM10 seorang.
Alamat: District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia
No. Tel: 03-8328 8888
Waktu Operasi: Isnin hingga Jumaat (12pm – 8pm) | Hujung Minggu, Cuti Sekolah & Cuti Umum (10am-8pm)
Laman Sesawang: [www.district21.com.my]
#4 Skytrex Adventure, Shah Alam
Selain di Shah Alam, Skytrex Adventure juga memiliki cawangan lain di Melaka dan Langkawi.
Skytrex Adventure Shah Alam adalah 40 minit perjalanan daripada kota raya Kuala Lumpur, ia menawarkan tiga tahap cabaran yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keupayaan diri termasuklah “Little Adventure” (mudah), “Big Thrill” (serdehana) dan “Extreme Challege” (paling mencabar).
Di sini pengujung dan para perserta bolehlah tunjuk lagak seperti tarzan! Buat si gayat… hati-hati okay! Tempahan tiket boleh dibuat secara atas talian dan harga tiket adalah mengikut tahap cabaran pilihan iaitu RM35, RM45 dan RM55 seorang.
Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
No. Tel: 013-276 9841
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin (8.30am – 6pm)
Laman Sesawang: [www.skytrex-adventure.org/shah-alam]
#5 Shark Diving (Aquaria KLCC)
Melihat ikan berenang di dalam akuarium gergasi di Aquaria KLCC itu dianggap terlalu bosan untuk orang dewasa seperti anda? Jadi apa kata kali ini anda sendiri yang terjun untuk berenang bersama ikan-ikan ganas seperti jerung di dalam tangki akuarium berkenaan!
Harga yang ditawarkan adalah RM424 seorang… Memang disyorkan sangat untuk pasangan yang sedang bercinta atau sudah berkahwin. Sekali-sekala gantikan waktu bersiar-siar di pusat membeli-belah atau tengok wayang dengan aktiviti sebegini pun syok juga kan? 🙂
Alamat: Kuala Lumpur Convention Centre Complex, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia
No. Tel: 03-2333 1888
Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Isnin, Rabu dan Sabtu (1pm)
Laman Sesawang: [aquariaklcc.com/our-services/dive-with-sharks]
#6 Bungee Jumping (Sunway Lagoon)
Sunway Lagoon Extreme Park menawarkan pelbagai aktiviti yang bakal buat jantung anda berdegup kencang dan antara yang sering menjadi pilihan pengujung adalah Bungee Jumping!
Harga yang dikenakan adalah untuk aktiviti Bungee Jumping adalah RM101 seorang untuk semua pemegang Mykad.
Alamat: 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Selangor Darul Ehsan, Malaysia
No. Tel: 03-5639 0000
Waktu Operasi: Setiap Hari (10am – 6pm)
Laman Sesawang: [sunwaylagoon.com/attractions/extreme-park]
#7 Bubble Sports
Menawarkan aktiviti sukan berkumpulan yang menyeronokkan dan pastinya lucu seperti menyertai Running Man!
Bubble Sports Malaysia bermatlamat untuk meningkatkan sifat kerjasama dalam diri individu menerusi komunikasi serta pemikiran yang strategik selain mengecapi keseronokan berganda buat semua para pemain.
Antara seleksi permainan yang ditawarkan adalah Bubble Football, Bubble Rugby dan Tower Defence. Harga pakej yang ditawarkan adalah tertakluk kepada tempoh jam yang ditempah serta bilangan pemain.
Tiada had umur namun syarat ketinggian pemain perlulah sekurang-kurang 130cm dan paling maksimum adalah 190cm.
Alamat: 2, Jalan 19/1, Seksyen 19, 46300 Petaling Jaya, Selangor
No. Tel: 010-228 7706
Waktu Operasi: –
Laman Sesawang: [www.bubblesportsmy.com]
#8 ATV Adventure Park
Di bawah sokongan dan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, ATV Adventure Park membuka peluang kepada semua pengujung dan peminat sukan lasak yang berumur 16 tahun ke atas untuk mencuba sendiri pengalaman menikmati alam hutan secara lebih dekat sambil memandu pacuan motor empat roda yang dipanggil all-terrain vehicle.
Harga pakej adalah mengikut lokasi pengembaraan serta tempoh jam yang ditempah iaitu dari dari RM100 hingga RM300 seorang. Jangan risau kerana perkhidmatan instruktor turut disediakan untuk memantau serta mengajar anda.
Alamat: Kampung Kemensah, Ulu Klang, 68000 Selangor, Malaysia
No. Tel: 019-244 8544
Waktu Operasi: Setiap Hari (9am – 6pm) ***tutup dari 11am – 3pm setiap Jumaat
Laman Sesawang: [www.atvadventurepark.com]
#9 Rock Climbing @ Gua Damai XPark
Menawarkan beberapa siri aktviti ekstrem yang boleh dicuba bersama teman-teman seperti eksplorasi di Gua Damai, pendakian secara berkumpulan, rock climbing, abseiling dan banyak lagi.
Keselamatan di sini adalah terjamin malah penyelengaraan khidmat dan kawasan sentiasa dipantau oleh petugas-petugas yang mengelolakan aktiviti harian di situ. Kesemua pelatih yang memimpin pengunjung dan para peserta juga adalah berpengalaman.
Harga yang ditawarkan adalah tertakluk kepada aktiviti yang disertai:-
Khursus Basic Rock Climbing: RM160 (satu hari suntuk)
Fun Climbing: RM70 (9.30am-1pm / 2pm-5pm)
Fun Abseiling: RM60 (9.30am-1pm / 2pm-5pm)
Fun Climbing + Abseiling: RM100 (9.30am-1pm / 2pm-5pm)
Pakej Explorasi Gua Damai: RM130 (satu hari suntuk)
NOTA: Fun Climbing + Abseiling & Eksplorasi Gua Damai hanya ditawarkan untuk kumpulan melebihi 12 orang
Alamat: Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
No. Tel: 012-481 2005
Waktu Operasi: 9.30am – 5pm
Facebook: [guadamai.com]
#10 ESCAPE Adventureplay, Teluk Bahang
Menawarkan lebih 21 tarikan menarik untuuk para pengunjung yang datang. Selain dapat bersiar-siar dalam kawasan yang dikelilingi alam semula jadi, anda bakal berpeluang untuk menguji ketahanan diri dengan pelbagai aktiviti lasak seperti 3 SIXTY, Kite Flyer , Aerobat, Jungle Swinger, Atan’s Leap dan banyak lagi!
Menariknya di sini, bukan orang dewasa je boleh libatkan diri, ada juga program aktiviti lasak yang disediakan untuk kanak-kanak.
Pengunjung juga boleh bermalam di situ dan tidur di tapak perkhemahan yang disediakan. Harga adalah RM55 untuk kanak-kanak 4-15 tahun manakala RM83 unntuk dewasa 13- 60. Pas Kemasukan adalah percuma untuk bayi 0-3 dan warga emas 61 tahun ke atas.
Tonton Pengenalan Taman Tema Ekstrem Escape Penang
Alamat: 828 Jalan Teluk Bahang, 11050 Pulau Pinang, Malaysia
No. Tel: 04-881 1106
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10am – 6pm)
Laman Sesawang: [www.escape.my]
Lebih banyak menjerit, lebih girang hati anda!
Selamat berseronok! ❤️