Ramai yang mula bersungguh-sungguh untuk mendapatkan peranti yang paling canggih dikeluarkan oleh Apple iaitu iPhone X. Perincian dan tetapan yang ada didalam iPhone X mula tular dengan pantas selepas selesai pelancaran pada September lalu. Rata-ratanya tidak sabar menanti iPhone X dipasaranya terutamanya peminat siri iPhone.
Namun menurut dari sebuah syarikat pembekal warranti, SquareTrade mengeluarkan laporan mengenai Apple iPhone X adalah telefon pintar paling mudah pecah selepas Samsung Galaxy S8. Dimana Samsung Galaxy S8 pecah pada semua bahagian dalam ujian jatuhan pertama dan mendapat 76 daripada 100 markah. Semakin tinggi markah dalam ujian mereka, semakin tinggi risiko untuk telefon tersebut mudah pecah.
Apa yang terjadi pada ujian iPhone X ialah ia mendapat markah 90 daripada 100 markah! Risiko mudah pecah iPhone X selepas jatuhan pertama setinggi 6 kaki boleh merosakkan skrin telefon tersebut dan mencalarkan bahagian badan. Jatuhan terus pada bahagian skrin pula menyebabkan bahagian skrin iPhone X retak serta bahagian kaca mula longgar. Bahagian belakang telefon yang diperbuat daripada kaca mengalami retak besar apabila dijatuhkan pada bahagian belakang.
Malah dari laporan ujian CNet, iPhone X dijatuhkan dari jarak dari 3 kaki juga boleh meretakkan telefon dan kos membaiki peranti berharga lebih dari RM5000 ini juga sukar dilakukan. CNet juga mengisytiharkan iPhone X, telefon pintar mudah pecah dan sukar untuk dibaiki.