Disebabkan asyik dihina kerana terlalu gemuk dan sukar menari, Mariah Carey akhirnya memutuskan untuk menjalani pembedahan gastric sleeve untuk menurunkan berat badannya.
Pembedahan gastric sleeve akan mengurangkan kadar penyerapan makanan dalam usus dan membuatkan pesakit rasa cepat kenyang serta mengurangkan selera makan.
“Mariah melakukan prosedur itu sebulan lalu dan kesannya sudah menampakkan hasil yang memberangsangkan. Ketika berat badannya meningkat secara mendadak, dia sering rasa terhina dan kecewa sampaikan dia sendiri memotong tanda saiz pada setiap helaian baju yang dipakainya,” kata sumber terdekat penyanyi itu.
Selepas menjalani pembedahan itu enam minggu lalu, Mariah muncul dengan bentuk badan yang lebih kurus dalam sebuah acara di TCL Chinese Theatre di Hollywood, Amerika Syarikat.
Lihat transformasinya.
Mariah Carey nampak lebih yakin.
Dah kurus!