Siapa yang pernah ke restoran ayam goreng yang menghidangakan aneka hidangan masakan korea yang enak-enak di Chir Chir Fusion Chicken Factory Pavilion KL? Sejaka kali pertama penulis ke sini dahulu, salah satu hidangan yang buat penulis jadi paling happy adalah hidangan pemanis mulut yang dipanggil “Honey Grape Salad”. Bayangkan betapa rangupnya apabila anggur segar diadun dengan campuran kekacang serta gumpalan keju… OMG sedap terkata.
BACA: Chir Chir Ayam Goreng Perapan Ala Korea Kini Dibuka Di Malaysia!
Jenuh penulis mencari ilham resipi, ini Wanista kongsikan bersama dengan anda resipi pemanis mulut istimewa Salad Anggur Berkeju Ala Restoran Korea Chir Chir!
Bahan:
- 2-3 skop keju krim (cream cheese)
- Sedikit perahan lemon
- 2 camca teh ekstrak vanila
- 2 paun anggur hijau tanpa biji (jika hendak campur anggur merah pun boleh)
- 1-2 sudu besar gula perang
- 3-4 sudu besar kacang badam cincang (yang sudah dipanggang)
- Taburan kismis secukup rasa (jika mahu)
Cara:
1. Dalam mangkuk besar, susun anggur yang sudah siap dicuci dan dibersihkan kemudian letakkan gumpalan keju diatasnya bersama taburan kacang, gula perang, kismis dan ekstrak vanila. Rehatkan di dalam peti ais seketika.
2. Apabila hendak makan, barulah digaul kesemua bahan bersama sehingga sebati dan nikmatinya bersama kepingan biskut berserat ranggup mahupun begitu sahaja ketika buah masih segar dan sejuk!
3. Hidangan ini sesuai untuk 15 ke 20 orang makan.
Selamat mencuba guys! ❤️