Diam diam, sudah genap dua minggu usia perkahwinan bintang Korea pujaan ramai, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo.
Upacara peerkahwinan mereka menjadi tajuk bualan utama di seluruh dunia bahkan penampilan Song Hye Kyo sebagai pengantin perempuan turut menarik perhatian netizen kerana cukup ringkas tanpa baju dan mekap yang sarat. Semuanya kelihatan minimalis dan pasangan itu boleh dianggap antara pasangan selebriti Korea ternama yang sangat low profile selepas Rain dan Kim Tae Hee.
Baru-baru ini, tersebar pula cerita mengatakan bahawa gincu warna koral yang dioleskan Song Hye Kyo semasa perkahwinannya tempoh hari adalah gincu jenama Laneige!
Seperti yang kita tahu Laneige adalah jenama kosmetik dan penjagaan wajah popular Korea di mana, Song Hye Kyo sendiri merupakan duta bagi beberapa rangkaian keluaran jenama tersebut.
Lebih menarik, rata-rata produk Laneige adalah mampu milik terutamanya gincu Laneige Silk Intense Lipstick istimewa ini.
Percaya atau tidak, Laneige Silk Intense Lipstick dalam kod #430 Pink Garden pilihan heroin “Descendants of The Sun” itu hanya bernilai RM85 sebatang.
Memang cantik dan khabarnya lagi, ini adalah warna bibir pilihan kegemaran Song Hye Kyo dan beliau sering memakainya kala tidak bertugas untuk ke acara-acara santai secara kasual.
Sebaik mengetahui berita ini, penulis ada cuba mencari gincu yang sama di beberapa platform gedung membeli-belah atas talian namun, kebanyakannya sudah SOLD OUT! Termasuklah di Zalora, Lazada dan Hermo.
Kalau tak silap, hanya di 11street masih ada stok tetapi nasihat penulis ada baiknya anda terus ke kaunter-kaunter Laneige seluruh Malaysia bagi mendapatkannya sendiri jika mahu.