Sumpah! Ini adalah patung paling cantik permah penulis lihat! ❤️
Dikenali sebagai high fashion doll, beruntungnya patung yang diberi nama DeMuse Doll ini kerana dapat menggayakan seleksi rekaan “Haute Couture” daripada pereka fesyen ternama Nigel Chia. Jangan terkejut kalau penulis kata Nigel Chia ini adalah anak kelahiran Malaysia yang berasal dari Sungai Besar, Selangor!
Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga kecil di mana bapanya adalah seorang nelayan manakala ibunya pula adalah seorang tukang jahit. Mungkin dari situlah minatnya datang kerana kemahiran itu mengalir dalam darahnya.
Pada asalnya, Nigel adalah seorang graduan vaterinar namun sebaik mendapat ijazah, beliau memutuskan untuk menyambung pengajian dalam bidang fesyen di sebuah kolej tempatan. Beliau memang memfokuskan penghasilan rekaan pakaian khas untuk anak patung sebelum memperkenalkan rekaan pakaian untuk individu sebenar sekitar 2015.
Menurut maklumat yang tercatat dalam laman sesawang rasmi Nigel Chia, patung istimewa ini adalah diperbuat daripada resin Korea berkualiti tinggi malah disertai 21 unit sambungan badan yang membolehkan patung itu digerakan mengikut cita rasa si pemiliknya.
Ia juga direka berpandukan bentuk badan model sebenar yang tinggi dan langsing.
Untuk itu, jom lihat rekaan berkelas Nigel untuk DeMuse Doll yang pastinya lebih sensasi daripada pakaian manusia biasa!
Rata-rata busana DeMuse Doll dijual dalam nilai dolar Amerika kerana di barat, lebih ramai peminat dan pengumpul patung sebegini. Ianya berharga sekitar RM374 sepasang dan adakalanya menjangkau RM1000.
Ha, berpinar tak mata?
Memang cantik belaka rekaan pakaian patung yang dibuat oleh Nigel. Semuanya asli menggunakan jahitan tangan tau! Untuk keterangan lanjut, boleh lawat laman sesawang rasmi Nigel Chia di sini [www.nigelchia.com].
Tonton Nigel Chia Menyiapkan Rekaan Busana Pengantin DeMuse Doll
https://www.youtube.com/watch?v=LqaGIdsfSs8