Gigi Hadid, yang merupakan seorang supermodel disegani merangkap Victoria’s Secret Angel petang semalam memuat naik satu status di akaun Twitternya bahawa dia tidak akan berjalan di pentas Victoria’s Secret Fashion Show 2017 di Shanghai, penghujung bulan ini.
Selebriti dan ikon fesyen berusia 22 tahun itu menyatakan bahawa dia sangat kecewa kerana tidak dapat menyertai pertunjukan fesyen gah itu di China tahun ini.
Katanya lagi “Walau bagaimanapun, saya teruja untuk menonton pertunjukan tersebut yang disertai oleh rakan-rakan seperjuangan saya dan pastinya sudah tidak sabar untuk pertunjukan fesyen tahun hadapan!”
Perkhabaran ini mengejutkan semua kerana ia dilakukan pada saat-saat akhir kerana tinggal 11 hari sahaja lagi sehingga pertunjukan fesyen tersebut dilangsungkan.
Sehingga kini, belum ada sumber yang mengesahkan sama ada Gigi sendiri yang menarik diri atau dia yang sudah ‘digam’ daripada beraksi di negara itu kerana Februari lalu, Gigi pernah dikecam kerana melakukan aksi mimik muka seolah mengejek mata sepet yang dimiliki orang Cina.
Tonton Video Gigi Bertindak “Racist”
this is y'all woke palestine queen? Gigi out here mocking Asian people. i would say she's cancelled but she never started. rat @GiGiHadid pic.twitter.com/b6wj5k1sXE
— . (@hvrrystime) February 5, 2017