All in “Breakfast at Tiffany” merupakan idaman setiap wanita. Tidak kisahlah majlis hari jadi mahupun bridal shower, tema yang satu ini menjanjikan kebahagiaan yang tidak terkata.
Seperti aktres cantik dari Filipina yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihan, Anne Curtis memilih tema “Breakfast at Tiffany” untuk majlis bridal shower yang penuh dengan memori indah.
Walaupun aktres cantik ini tidak mendedahkan butiran tentang perkahwinannya bersama chef selebriti Erwan Heussaff, rakan-rakannya sudah bertungkus lumus ‘memanjakan’ Anne dengan bridal shower yang bertemakan Hollywood Classic “Breakfast at Tiffany” dibuat di butik Tiffany & Co, Shangri-La Plaza Mall, Los Angeles.
Terlalu indah sampaikan Anne tidak terlepas untuk berkongsi foto di laman sosial Instagram miliknya. Wanista sendiri cukup tertarik dengan setiap dekorasi menggunakan rona turquoise yang menghiasi ruang, bahkan setiap makanan serta goodies untuk para tetamu juga.
Tak lengkap majlis kalau tak ada kek. Lihat sahaja menara kek yang dihiasi dengan warna rasmi Tiffany.
Manisan seperti macaroon, cheesecake, cocktail dan pelbagai lagi. Just perfect!
Putih itu Suci! Jambangan bunga seperti tulip, mawar, melur menghiasi ruang majlis.
Dan setiap tetamu juga perlu membawa pulang kotak hadiah dari Tiffany.
Semestinya yang diraikan, Anne Curtis elegan sekali mengenakan dress putih.
Walaupun serba ringkas tetapi momen Audrey Hepburn yang dialaminya cukup manis sekali.