Melihat Izara Aishah tampil berkeyakinan menggayakan busana unik ilham Rizalman Ibrahim… seraya mendapat kritikan hebat daripada golongan netizen yang melihatnya ketika majlis akad nikah Jumaat malam Sabtu kelmarin tiba-tiba buatkan penulis berasa kagum sekaligus menganggap Izara adalah seorang “goddess” yang tak pernah gentar.
Sebagai seorang pengantin perempuan, kita sememangnya mengharap untuk kelihatan sempurna 100 peratus, daripada hujung rambut hinggalah hujung kaki tetapi sebagai manusia biasa yang hidup dalam kumpulan masyarakat yang gemar ‘mengata’, siapa pula kita untuk menutup mulut mereka betul tak?
Ayuh, Wanista nasihatkan anda (bakal-bakal pengantin di luar sana) untuk mengamalkan lima makanan magis ini kerana ia dipercayai dapat menghilangkan rasa gugup serta mengurangkan perasaan debar si pengantin.
#1 Ais Krim
Mengandungi amino tryptophan yang dapat menenangkan otak, ia juga dapat dilihat sebagai makanan yang mampu memberikan rasa ceria dan lebih bertenaga. Bukan hanya tertarik dengan campuran warna serta dekorasi menarik, malah rasa manis malah mampu meningkatkan tahap kecerdasan diri.
#2 Coklat
Kandungan serotonin yang ada di dalam coklat membantu untuk menurunkan rasa stress dan menghilangkan rasa ketegangan otak. Rasa manis ditambah dengan campuran hazelnut, pasti menggiurkan tetapi ingat kawal pengambilannya.
#3 Kacang Almond (Badam)
Kacang badam dipercayai dapat mengurangkan kadar stres anda. Diperkaya dengan vitamin E, B2, magnesium dan zink, ia dapat menghilangkan tekanan pada otak. Amalkan cara pengambilan 1/3 cawan yang bersamaan 306 kalori.
#4 Asparagus
Pengambilan asparagus dapat menghilangkan tekanan kerana ia mengandungi Vitamin B serta asid folik yang mampu menstabilkan emosi anda serta membantu untuk mewujudkan rasa tenang dan gembira.
#5 Daging
Daging adalah antara makanan terbaik untuk dijadikan sebagai terapi mengurangkan stres. Ia mengandungi zink, zat besi dan vitamin B yang sememangnya penting dalam mengawal emosi anda.
Tunggu apa lagi? Wahai bakal-bakal pengantin sekalian, jom amalkan lima makanan ni supaya ada tak kecut perut di hadapan tetamu nanti!
Selamat beramal! ❤️