Jenama fesyen dan barangan sukan popular PUMA baru-baru ini mengumumkan kehadiran rekaan sepatu baru yang lebih versatile dengan rekaan tumit tinggi rata yang tebal menerusi PUMA Platform Trace.
Menawarkan seleksi rona ranggi yang moden, koleksi istimewa ini menggabungkan potongan klasik snekers suede yang kemudian diberi nafas baru melalui perincian tumit yang lebih feminin… ilham gaya kasut platform kegemaran gadis era 90an.
Selain menepati ciri tahan lasak, PUMA Platform Trace yang dijual pada harga RM499 sepasang ini mampu melindungi suhu kaki dalam cuaca sejuk yang ekstrem.
Terdapat dalam rona pilihan Olive Green, Safari dan PUMA Black, ia boleh mula dibeli di butik PUMA cawangan KLCC, Pavilion KL dan Sunway Pyramid.
Cawangan edaran lain adalah termasuk Al-Ikhsan, Sole What dan Crossover.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [global.puma.com/en_MY].