Busana pengantin merupakan perkara paling penting untuk setiap wanita. Silap sikit fesyen habis ‘dicanang’ satu kampung. Seperti apa yang terjadi pada pelakon tempatan Izara Aishah, apabila fesyen ‘vale’ ketika majlis pernikahan dikecam teruk oleh netizen. Nak buat macam mana, kita bukan boleh tutup mulut mereka, iye dak..
Apapun tahniah Wanista ucapkan kepada Izara yang selamat mendirikan masjid bersama Adib Khalib.
Kalau di Korea Selatan, masih lagi diperkatakan ialah gaun klasik Dior yang dipakai oleh Song Hye Kyo ketika perkahwinannya, sederhana tetapi cukup anggun sekali.
Selain Song Hye Kyo, beberapa bintang Korea ini juga tidak kurang hebatnya. Pilihan Wanista ialah…
#1 Jun Ji Hyun
Menamatkan zaman bujang pada tahun 2012 dengan pilihan hatinya Choi Joon Hyuk. Jun Ji Hyun mengenakan dua dress untuk majlis bahagianya, dress rekaan Reem Acra dipakai ketika berjalan di aisle manakala satu lagi rekaan Jenny Packham ketika sesi sidang media.
#2 Kim Tae Hee
Seorang lagi goddess, Kim Tae Hee mendirikan rumah tangga dengan superstar Rain pada bulan Januari 2017 dalam majlis yang serba ringkas dan tenang di sebuah gereja Katolik. Langsung tidak memakai sebarang jenama hebat, si cantik manis ini lebih selesa mereka sendiri gaun bersama pereka gaya peribadi. Hebat bukan?
#3 Lee Hyori
Penyanyi Lee Hyori membuktikan bahawa pakaian yang berpatutan boleh menjadi istimewa dan cantik. Lee Hyori yang telah berkahwin pada tahun 2013 mendedahkan bahawa dia telah membeli dress lace dengan potongan longgar berharga $120 sahaja di Thailand.
#4 Lee Min Jung
Melangsungkan perkahwinan pada tahun 2013, isteri kepada pelakon versatil Lee Byung Hun, Lee Min Jung mengenakan busana dari label mewah Marchesa di hari bahagianya. Dress moden ini dianggarkan berharga kira-kira $45,000.
#5 SES Bada
Mendirikan rumah tangga dengan tunangnya di gereja Katolik di Seoul pada Mac 2017, SES Bada memilih gaun ala Cinderella yang cukup simple dilengkapi dengan flower crown.
#6 Song Hye Kyo
Pasangan kesayangan ramai, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo memilih rekaan Dior untuk dipakai ketika hari bahagianya. Hye Kyo memakai gaun haute couture manakala Joong Ki pula selesa dengan tuxedo Dior Homme.
#7 Baek Ji Young
Gaun satin yang dipakai oleh penyanyi hebat Baek Ji Young mengingatkan kita pada kegemilangan abad ke-15 Eropah.
#8 Lee Bo Young
Tampil klasik, wedding dress Lee Bo Young dilihat tak ubah seperti dress Kate Middleton.
#9 Han Hye Jin
Memilih pemain bola sepak sebagai pasangan hidup, pelakon Han Hye Jin sedikit seksi mempamerkan susuk tubuhnya dalam gaun potongan ikan duyung.
Yang pasti solekan minimal menjadi pilihan hampir kesemua bintang Korea ini.