Berlangsung semalam, Victoria’ Secret Fashion Show di Shanghai menyaksikan satu insiden yang agak menyedihkan serta memalukan untuk seorang model ini.
Walaupun sudah berjalan di pentas Victoria’s Secret sejak tahun 2013, tetapi semalam menyaksikan Xi Mengyao, 28, berasal dari Shanghai tiba-tiba jatuh tergelincir dalam keadaan yang agak menyedihkan ketika elok berjalan. Bila dilihat Xi mungkin terpijak kain yang meleret sehingga dia sendiri tidak dapat mengawalnya.
Video Xi menjadi tular bahkan menjadi salah satu topik paling hangat di laman sosial Weibo. Tidak lama selepas itu, Xi memohon maaf di akaun Weibo kerana telah memalukan China.
“Saya minta maaf kerana telah memusnahkan harapan anda semua dan terima kasih kerana menyokong saya. Bekerja sebagai model selama tujuh tahun, saya telah ‘jatuh’ banyak kali, tetapi saya perlu bangkit dan berjalan ke garisan penamat. Terima kasih semua.”
Hurmmm nak buat macam mana benda nak jadi tapi kagum sebab dia masih mampu berdiri dan berjalan ke hadapan.