Penyanyi hip hop Amerika Syarikat, Nelly dan penyanyi asal Algeria, Cheb Khaled bakal mengadapakan sebuah konsert di Jeddah pada 14 Disember ini. Ianya kolaborasi bersempena penyatuan Barat dan Timur melalui muzik.
Walaubagaimanapun tidak semua dapat menikmati kemeriahan konsert tersebut apabila ianya hanya khas untuk kaum lelaki sahaja. Segelintir dari kaum wanita sangat tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Mereka mempersoalkan kenapa hanya lelaki yang dibenarkan, padahal ia diuruskan oleh sebuah syarikat televisyen swasta bukan milik kerajaan.
Selain daripada itu, lirik-lirik lagu Nelly yang mempunyai sebarang kata-kata kesat ditukarkan kepada yang lebih sesuai.
نجم الراب العالمي نيلي وملك الرآي الشاب خالد في مدينة الملك عبد الله الاقتصادية في 14 ديسمبر
إحجز تذكرتك الآن عبر https://t.co/rdUsypDOKe#نيلي_والشاب_خالد_في_السعودية#روزنامة_الترفيه#Nelly_ChebKhaled_in_KSA#MBCAction#Roznamah_sa pic.twitter.com/m3tsAAbp9A— MBC Action (@mbcaction) November 17, 2017
Namun tidak semua begitu teruja dengan kehadiran Nelly kerana penyanyi tersebut juga mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau yang memberi reaksi kurang senang kepada netizen. Nelly pernah didakwa kerana memiliki marijuana dan merogol pelajar kolej, tapi semua dakwaan tersebut dinafikan oleh beliau.
Konsert ini juga bertujuan sebagai menaiktaraf aktiviti hiburan rakyat Arab Saudi dan pemangkin ekonomi negara. Walau begitu, jualan tiket RM500 untuk konsert tersebut dianggap sangat tidak wajar dan ianya dijual hanya untuk kaum lelaki.
BACA: Akhirnya…Wanita Arab Saudi Dibenarkan Memandu Sendiri
Bukan pertama kali konsert hanya untuk lelaki, pada Mei sebelum ini semasa lawatan Presiden Donald Trump di Riyadh, pengecualian keatas kaum wanita dilakukan ketika kehadiran penyanyi muzik country Toby Keith.