Yuna dan tunangnya Adam Sinclair umum bakal melangsungkan majlis resepsi mereka pada 28 Januari depan menerusi pengedaran kad undangan perkahwinan mereka baru-baru ini.
Moden dan dihiasi potret Yuna atau nama sebenarnya Yunalis binti Mat Zara’ai bersama jejaka pilihan hatinya itu, kad undangan tersebut tampak ringkas namun masih mampu memancarkan aura sofistikated yang tersendiri.
Dalam masa yang sama, sumber yang menyampaikan kad undangan itu juga ada berkongsi makluman bahawa majlis perkahwinan merpati dua sejoli itu bakal dilangsungkan di Putrajaya Convention Centre.
Biarpun begitu, tarikh pernikahan mereka masih menjadi tanda tanya dan belum didedahkan secara umum.