Selain Korea Selatan, satu lagi negara Asia yang terkenal dengan inovasi kecantikan adalah Jepun.
Di samping produk penjagaan kulit dan mekap, Jepun juga terkenal dengan beberapa inovasi yang sangat kreatif dalam bidang alat kecantikan, bahkan sesuatu yang di luar kotak pemikiran kita. Alatan mereka membuatkan kita tertanya-tanya “seriously benda macam ini wujud”?…
Tak percaya? Lihat antara yang menarik di bawah.
#1 Nak hidung mancung terletak bak Aishwarya Rai, Kendall Jenner ataupun Amber Heard? Produk “Petite Nose” mampu menjadikan hidung lebih tinggi dan mancung tanpa perlu melakukan sebarang pembedahan plastik. Caranya? Lihat panduan gambar!
Baca: Ini Cara Wanita Jepun Miliki Hidung Mancung?
#2 Semburan berbau kepala kucing? Macam mana pula tu? Semburan pewangi fabrik turut hadir dalam bentuk krim tangan. Krim tangan itu bukan sahaja berbau seperti kucing malah akan membuat tangan si pemakai menjadi sangat lembut seperti permukaan bulu kucing gebu.
Baca: Lagi Ciptaan Pelik Dari Jepun, Semburan Berbau Kepala Kucing?
#3 Wanita tidak perlu susah payah lagi untuk ke spa ataupun temu janji dengan pakar bedah plastik bagi mendapatkan payu dara idaman. Hal ini kerana alatan mengurut payu dara Boob Exercise Hand dijual di Jepun.
#4 Nak kuruskan pipi? Alatan baharu dari Jepun ini mungkin boleh membantu. Peranti Facial Fitness Pao memfokuskan bagi memudahkan pengguna menguruskan pipi, dan pada masa sama membentuk wajah mereka.
#5 Untuk apa topeng ini? Jika anda mengecilkan bentuk muka seperti V, topeng ini boleh mencapai impian anda. Wajah akan kelihatan lebih kecil dan runcing selepas pengunaan yang berpanjangan.
Merepek bukan kesemua produk ini? Tapi mungkin ada salah satu yang memang memberi kesan kalau digunakan untuk jangka masa panjang. Siapa tahu….