Baru-baru ini, Kipling Malaysia yang merupakan jenama peneraju beg versatile kalis air menguntai kerjasama dengan pihak Zoo Negara untuk menjaga dan menyara sepasang kera comel spesies Gibbon yang merupakan salah satu haiwan terancam.
Kipling dengan berbesar hati menyahut peluang keemasan itu demi memelihara dan memastikan keselamatan spesies Gibbon ini terjamin sekaligus komited untuk menyokong usaha pemuliharaan serta inisiatif pendidikan seumpamanya.
Dalam acara yang sama, Kipling juga berkesempatan memperkenalkan koleksi kapsul Basic Plus yang merangkumi rekaan beg edisi terhad khas untuk sambutan musim perayaan 2017 serta musim bunga akan datang. Setiap satu rekaan menampilkan fabrik kalis air dari jenis nilon yang tahan lasak dan sesuai dengan gaya wanita sibuk masa kini.
Gibbons adalah spesies kera genit yang hidup dalam habitat liar terutamanya di sekitar hutan hujan tropika sekitar Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Untuk keterangan lanjut sila klik [www.kipling.com] atau lawat laman Facebook rasmi Kipling Malaysia di [www.facebook.com/KiplingMalaysia].