Okay siapa yang tidak kenal dengan jenama pemanis mulut macaron yang satu ini. Datangnya dari Perancis dan mewah dengan rasa manis mengancam digelar Ladurée.
Mula diperkenalkan oleh Louis-Ernest Ladurée pada tahun 1862 namun telah diberi nafas baru oleh cucunya Pierre Desfontaines yang bijak mencipta hidangan pemanis mulut yang diapit dua cengkerang bersama inti krim. Dari hari itu, sandwich macaron ini mula popular di mata dunia.
Baca: Yay! Jenama Macaron Perancis Paling Popular Bakal Muncul Di Malaysia
Selepas menjadi tanda tanya oleh peminat manisan Perancis ini, akhirnya Laduree Malaysia telah dibuka secara rasmi di Pavilion Kuala Lumpur hari ini, 24 November 2017. Berita tersebut dikongsi sendiri oleh Ladurée di laman sosial Facebook rasmi Ladurée Malaysia.
Siapa yang terlalu teruja, Ladurée beroperasi di aras tiga Pavilion Kuala Lumpur!
Happy tak semua dapat makan macaron yang paling famous di dunia ini?