Penyanyi lagenda, Cher mempunyai kerjaya yang mengagumkan selama 50 tahun dalam dunia seni hiburan.
Kini, Cher membuktikan beliau masih teguh menjadi Dewi Pop di usia 71 tahun kerana tampil mempesona dan seksi dalam beberapa set pakaian yang mendedahkan ketika beraksi di Monte Carlo, Las Vegas Khamis lalu.
Penyanyi penuh bertenaga itu mencuri tumpuan para peminatnya apabila mengenakan pakaian yang kebanyakan ‘tidak cukup kain’, bahkan berani mendedahkan hampir keseluruhan tubuhnya.
Ligatnya itu menunjukkan Cher tidak mempunyai tanda-tanda mahu bersara dalam bidang nyanyian malahan masih lagi hebat di atas pentas.
Bila ditanya caranya mengekalkan stamina, Cher mendedahkan, “menjadi sihat sentiasa menjadi sebahagian daripada kehidupan saya, ia baik untuk saya. Oleh itu, saya tidak mengambil dadah dan alkohol, itu cara saya untuk kekal bertenaga sehingga sekarang.”
Wow usia ‘nenek’ pun masih berpakaian sebegini, hebat betul.