Jenama fesyen jalanan Stoned & Co. yang diasaskan oleh anak tempatan ini tampil melancarkan koleksi premium sulung mereka di Isetan The Japan Store Lot10, Kuala Lumpur.
Koleksi yang menghimpunkan aneka helaian uniseks yang terdiri daripada seluar, baju T, jaket dan rangkaian aksesori itu adalah istimewa untuk musim Luruh/Sejuk 2017.
Diberi nama “The Descendant”, koleksi kali ini menampilkan perincian yang dihiasi cetakan serta sulaman daun motif daun Maple jepun sebagai simbolik. Manakala dari segi palet warna pula, sinergi hitam, oren dan putih dimanfaatkan untuk memancarkan aura maskulin yang jitu.
Jelas Andrew Ngo, Pengasas dan Pengarah Urusan Stoned & Co., material yanng digunakan untuk membangunkan koleksi istimewa ini adalah setanding dengan jenama-jenama antarabangasa lain. Andrew juga berharap agar Stoned & Co. sendiri bisa meluas hingga ke persada dunia suatu hari nanti.
Wujud sejak 2015, sehingga kini Stoned & Co. telah banyak berkolaborasi dengan nama-nama popular seperti Bad & Boujee, Alien Huang, Zizan razak dan kumpulan De Fam.
Untuk koleksi The Descendant, harga yang ditawarkan untuk setiap satunya adalah bermula RM249 hingga RM1,300.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [my.stonedandco.com/locked] atau lawat laman Facebook rasmi Stonned & co. di [www.facebook.com/stonedandco].