Sebelum ini, kita pernah digemparkan dengan kewujudan kopi perisa durian dan kondom durian dan paling terkini, jenama kosmetik terkemuka edaran tempatan, Elianto juga bakal memperkenalkan kosmetik inovasi mereka yang memanfaatkan Durian jenis Musang King sebagai ramuan utamanya iaitu Musang King Lipstick!
Gincu rona kuning terang itu khabarnya diperkaya dengan aroma durian bagi memberi pengalaman yang unik buat si pemakai terutamanya bagi wanita dan gadis yang obses dengan buah eksotik berkenaan.
Bukan itu sahaja, menurut makluman yang dikongsikan pihak Elianto, gincu istimewa itu juga adalah bebas daripada sumber racun perosak.
Walau bagaimanapun, hal ini cumalah bayangan sahaja. Gincu tersebut belum pun dihasilkan. Menurut laporan akhbar The Star, apabila dihubungi pihak Elianto menjelaskan bahawa gincu ‘viral’ itu tiada dalam pasaran buat masa ini.
“Kami ada merangka perancangan mengenainya (gincu durian) namun hal itu masih dalam pertimbangan dan kini sedang dalam tempoh permerhatian pasaran.