Awal minggu ini, Grab Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan KLIA Ekspres bagi tujuan memudahkan lagi perjalanan para pengguna pengangkutan awam dua hala sama ada dari atau ke KLIA/KLIA2.
Mana-mana individu yang membeli tiket satu hala KLIA Ekspres + pakej atas talian Grab berharga RM55 akan berpeluang mendapatkan servis penghantaran Grab percuma (bernilai RM10) dari atau ke stesen KL Sentral. Harganya sama seperti harga tiket satu hala KLIA Ekspres tahu?!
Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian tiket KLIA Ekspres menerusi atas talian, aplikasi telefon pintar atau di kaunter, pengguna layak menebus kod promosi Grab bernilai RM10 setiap satu dan kemudian, kod diskaun itu bolej digunakan untuk servis GrabCar, GrabTaxi atau GrabShare. Kini tiada masalah untuk anda sampai ke destinasi dalam perjalanan yang lebih selesa!
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.grab.com/my] atau lawat laman facebook rasmi Grab Malaysia di [www.facebook.com/GrabMY].