Pada kejohanan Miss Universe 2017 baru-baru ini, Miss South Africa telah pun dinobatkan sebagai juara mendahului Miss Colombia dan Miss Jamaica.
Beberapa hari sebelum pertandingan sebenar berlangsung, seramai 92 calon dari seluruh pelusuk dunia termasuk Malaysia tampil mewakili negara masing-masing untuk menunjukkan kebolehan serta kelebihan lain yang bukan sahaja bergantung pada rupa kecantikan semata-mata malah lengkap dengan sifat yang mampu menjadi inspirasi buat masyarakat di seluruh dunia.
Antara salah satu kategori yang dipertandingkan adalah termasuk peragaan kostum kebangsaan. Tahun lalu, kostum kebangsaan terbaik dimenangi oleh Miss Myanmar yang mempamerkan aksi hebat dalam penggayaan busana kostum yang lain daripada lain, mencerminkan adat dan tradisi masyarakat setempat negara tanah emas itu.
Tonton Keunikan Kostum Kebangsaa Miss Japan Untuk Miss Universe 2017
Manakala tahun ini, kategori kostum kebangsaan terbaik dimenangi oleh Miss Japan. Untuk menyemarakkan lebih keterujaan, jom lihat kostum negara mana yang gah sekaligus layak untuk menang!
#1 Miss Myanmar
#2 Miss South Africa
#3 Miss Japan
#4 Miss Thailand
#5 Miss Honduras
#6 Miss Filipina
#7 Miss Vietnam
#8 Miss Cambodia
#9 Miss Dominican Republic
#10 Miss Guatemala
MALAYSIA
Kostum kebangsaan Miss Malaysia ni kalau tengok memang cantik tapi apabila dibanding dengan negara-negara lain, mungkin kita perlu tampil dengan gaya yang lebih hebat dan sensasi di mata dunia.
Jadi, yang mana satu favourite korang? ❤️