Si cantik manis Rihanna sentiasa tampak versatil dan paling penting wajahnya sentiasa kelihatan segar sepanjang masa walaupun sibuk dengan jadual kerjaya. Beliau yang juga seorang ahli perniagaan untuk jenama kosmetik Fenty Beauty tidak lelah dalam menghasilkan produk yang berkualiti.
Biasanya, untuk mendapatkan kulit yang cantik dan bersih salah satu faktornya ialah mendapatkan tidur yang cukup. Namun lain pula yang terjadi dengan Rihanna apabila beliau mengaku dia hanya dapat tidur 3 jam sehari. Ianya kerana faktor mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Akibatnya beliau sentiasa tidur lewat walaupun sudah berada di rumah lebih awal.
“Jika sampai dirumah awal sekalipun saya masih tidak boleh tidur awal dan saya akan menghabiskan masa dengan menonton rancangan dokumentari. Saya memang menggemarinya.”
Rihanna menambah lagi,
“Saya tak boleh terus ke katil. Jadi waktu tidur saya biasanya 3 hingga 4 jam sehari.”
Bayangkan hanya tidur 3 jam sehari tapi Riri masih boleh melagakkan karakter yang ceria dan menawan sepanjang acara karpet merah. Namun ia merisaukan kerana ada sesetengah dari peminat Riri khuatir dengan masalah tidur yang dihadapinya. Malah ada juga yang mempersoalkan bagaimana Rihanna tetap kelihatan segar walaupun dengan waktur yang tidak normal? Individu biasa yang tidur cukup 8 jam pun masih dalam keadaan moody.