Thermomix yang merupakan jenama peneraju peralatan dapur berteknologi tinggi baru-baru ini tampil memperkenalkan buku resepi edisi istimewa yang ditulis dalam Bahasa Melayu! “The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix” ini dihasilkan secara kolaborasi bersama Pn. Suria Abdullah dan beliau sememangnya minatt dan obses dengan aneka masakan Melayu klasik meskipun cara penyediaannya rumit.
Buku resipi istimewa yang memuatkan pelbagai masakan tradisional daripadas hidangan utama hinggalah kuih-muih seperti Agar-Agar Gula Melaka, Nasi Kampung, Rendang Ayam Nogori, Kacang Botol Goreng Bercili dan banyak lagi. Kini smeua orang bisa memasak masakan Melayu menggunakan mesin Thermomix secara menyuluruh!
Untuk pengetahuan semua, selain menjimatkan masa penyediaan makanan, memasak menggunakan Thermomix juga bisa menhasilkan sajian yang lebih sihat. Teknologi yang dilengkapi pada peranti dapat mengekalkan kualiti bahan makanan seterusnya mengelak daripada menggunakan perisa tambahan yang biasanya mengandungi MSG, bahan pengawet karsinogenik serta kimia.
Menggabungkan 12 fungsi berguna, peranti dapur alaf baru Thermomix pasti akan memperbaharui masakan Melayu menerusi kaedah penyediaan yang lebih mudah serta cepat tanpa menghilangkan kualiti dan rasa auntentik kemelayuan itu sendiri.
Diterbitkan oleh True Mix Sdn Bhd (Thermomix Malaysia),”The Malay Kitchen, Recipes for Thermomix ditawarkan pada harga RM160 dan boleh dibeli secara atas talian di [malaysia.thermomix.com/en].
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook Thermomix Malaysia di [www.facebook.com/ThermomixMalaysia].