Sukar untuk melupakan momen di mana diva Beyonce berkongsi berita beliau sedang sarat mengandung kembar. Pengumuman tersebut benar-benar memberi impak bukan sahaja para peminat malah dunia, dengan hanya mengenakan set bikini dilitupi kain jernih dan latar belakang floral sudah cukup mengambarkan saat bahagia dalam hidupnya, sehingga menjadi foto paling banyak ‘like’ untuk tahun ini sahaja.
Foto indah Cristiano Ronaldo bersama teman wanitanya, Georgina Rodriguez yang selamat melahirkan anak mereka menduduki tempat kedua dengan jumlah like sehingga 11juta.
Bagi menjernihkan situasi sebenar dia mendiamkan diri dari sosial media, menerusi sebuah posting di Instagram, Selena Gomez menjelaskan bahawa dirinya telah menjalani satu pembedahan melibatkan pemindahan buah pinggang yang didermakan oleh sahabat baiknya, Francia Raisa.
Baca: Berdiam Diri Kerana Lupus, Selena Gomez Rupanya Jalani Pemindahan Buah Pinggang
Diva Beyonce berkongsi gambar kembarnya Sir Carter dan Rumi.
Satu lagi dari Cristino Ronaldo di mana dia berkongsi foto mendukung dua anaknya. So sweet!
Selena Gomez dan The Weekend. Oh no! Foto ini sahaja mempunyai lebih 8 juta like.
Saat mereka berdua debut di karpet merah. Masa ni tengah hangat dalam bibit percintaan.
Bersantai bersama keluarga pun dapat banyak like. Hebat Cristiano Ronaldo ni, ramai orang sayang dia!
Yes! Selena Gomez lagi. Kali ini seksi bergambar untuk Vogue.
Selena Gomez sudah 25 tahun!
Okay tiada keluarga Kardashian/Jenner di sini. Justin Bieber juga tidak tersenarai dalam Top 10. Opps sorry!
Tapi kalau tengok balik, kebanyakan gambar yang tersenarai adalah momen bahagia para selebriti bersama yang tersayang…