Setiap individu memiliki perasaan takut terhadap sesuatu. Ianya subjektif dan tidak dapat digambarkan ketakutan itu. Ada yang sehingga tak boleh lelap mata kalau difikirkan dan boleh menganggu mood.
Walaupun ia suatu yang ngeri tapi disebaliknya ia merungkai disebalik personaliti anda. Menariknya apa yang anda takut itu berceritakan sifat dalaman diri anda yang sebelum ini tidak ketahui.
Jom ketahui apa rahsia personaliti dari ketakutan di bawah.
# Takut Badut
Badut sentiasa dikaitkan dengan masalah identiti diri. Menakutkan dan tidak ketahui, ini kerana badut selalunya tidak menonjolkan perasaan mereka kerana ia hidup disebalik ‘topeng ceria’. Jika anda takut badut? Anda seorang yang jujur dan berterus-terang, jadi anda mahukan dua perkara tersbut dari orang sekeliling.
# Takut Darah
Siapa disini kalau tengok darah mengalir atau titisan darah pun jadi pening, anda sebenarnya seorang yang tenang dan jika terdapat sebarang masalah anda lebih bijak dalam mengawal perasaan.
# Takut Ular
Rupanya mereka yang takutkan ular, mempunyai sifat suka melindungi orang lain. Mereka sentiasa berada disamping dengan orang yang mereka sayang dan sangat setia.
# Takut Labah-labah
Ada yang takut dengan labah-labah kerana dengan kaki ia yang banyak! Menariknya, individu yang takut dengan labah-labah mempunyai sifat pemimpin. Mereka sangat sensitif dan sering menjadi orang yang boleh diharapkan.
# Takut Berucap
Setiap kali datang waktu presentation, anda lah orang yang paling gementar. Biasanya anda akan dikatakan tidak mempunyai keyakinan diri, namun disebalik itu anda seorang yang mementing kesempurnaan. Anda tidak mahu menampakkan kesalahan walaupun kecil.
# Takut Gelap
Berada dalam kegelapan boleh melumpuhkan penglihatan dan kawalan diri. Anda yang tidak suka berada dalam gelap dikaitkan dengan sifat kreatif. Bukan kreatif yang biasa, anda gemar berimaginasi yang luar biasa.
# Takut Kuman
Anda yang tidak suka dengan kotor atau kuman pasti digelar trauma dengan penyakit. Mereka yang takut dengan kotor ini adalah seorang yang teratur dan tersusun dalam apa jua perkara. Mereka juga sering menitik beratkan perkara-perkara kecil.
# Takut Orang ramai
Tidak suka bersesak dan sering rasa gelisah bila berada dikawasan yang ramai orang bukan kerana anda tidak suka dengan orang. Tapi anda lebih menghargai ruang peribadi dan lebih berhati-hati dalam memilih kawan atau kenalan baru.
# Takut Tinggi
Rupanya orang yang gayat atau takut tinggi ini seorang yang merendah diri. Mereka sedar siapa diri mereka dan mempunyai identiti diri yang kuat.
Ada ke yang takut semua diatas?