Sebagai manusia biasa, perasaan dan jiwa kita tidak menentu. Ada hari apabila hati kita terasa lapang, perasaan seronok meletup-letup bagai bunga apai, ada kalanya bila dirundum kesedihan, kita berasa diri ini adalah yang paling malang dalam dunia. Apakah ini normal?
Ya, tetapi setiap masalah yang berlaku ada hikmahnya dan pilihan jalan penyelesaian yang bertepatan pastinya membantu.
Menurut sains, ini 7 perkara yang boleh menukar ‘angin’ murung anda serta-merta untuk jadi manusia paling happy!
#1 Menghidu Bau-Bauan Menenangkan
Sedih dan tertekan? Sebuah kajian mendapati aroma atau bau-bauan berupaya menghasilkan tindak balas positif terhadap otak dan tuuh badan seseorang. Contohnya, bau Vanila dan buah sitrus (apa-apa jenis buah limau) akan membuatkan jiwa relaks dan pengaruhi mood gembira seseorang.
#2 Bersiar-Siarlah Di Luar
Kalau tengah bersedih, elakan berseorangan dan mengurung diri dalam bilik atau dalam rumaah sahaja. Daripada terperuk, baik anda ringankan kaki untuk melangkah keluaar daripa rumah anda yang sudah dipenuhi aura negatif itu!
Bersiar-siarlah di tempat-tempat menyenangkan seperti di taman, menghirup udara segar, memerhatikan gerak gaya orang yang ada di kelilingnya serta melihat warna-warni dunia.
Menurut kajian, individu yang mendedahkan diri terhadap matahari sekurang-kurangnya satu jam sehari dalam masa tiga minggu dapat meningkatkan mood serta memulihkan tekanan jiwa.
#3 Dengarkan Muzik
Dengarlah muzik-muzik berentak rancak atau ballet kegemaran anda. Tahukah anda dengan mendengar rentak-rentak serta alanan muzik dapat memperbaiki mood?
Hasil kajian daripada University of Missouri mendapati bahawa lebih banyak seseorang mendengarkan lagu-lagu sedih, lebih gembira seseorang itu kerana mereka berasa lebih positif mungkin kerana merasakan nasib mereka sama seperti cerita yang diceritakan dalam lagu sedih berkenaan.
#4 Bercakap Dengan Seseorang
Seperti biasa, carilah tempat yang boleh dipercayai untuk meluahkan segala-galanya. Kajian mendapati, apabila anda menelefon teman rapat mahupun kaum keluarga seperti ibu untuk mengadu tentang kegelisahan diri, tubuh anda sebenarnya akan mengeluarkan toksin jenis oxytocin yang kemudian akan bantu meleraikan tekanan serta menghasilkan hormon yang buat diri rasa disayangi.
Harvard Business Review pula mendapati apabial seseorang berkomunikasi pendek dengan lawannya, biarpun lawan itu adalah orang yang tidak dikenali (boleh jadi penjual ikan di pasar atau tukanng sapu di pusatmembeli-belah) ketika sedang sedih, sebenarnya anda akan dapat nikmat berganda yang buat diri terasa lega sepanjang hari!
#5 Tonton Video-Video Lucu
https://www.youtube.com/watch?v=C_1BQ_fxhw8
Bukalah Youtube atau laman sosial Instagram untuk mencari video-video lucu. Apabila diri ketawa, mood anda akan berubah menjadi lebih baik. Ketawalah kerana ia akan dapat melonggarkan otot-otot tekananan yang sedang tegang.
#6 Muhasabah Diri & Tetapkan Matlamat
Jangan biarkan minda anda dipengaruhi perasaan amarah atau sedih. Nyah perkara negatif dari diri lalu fokuskan kepada matlamat diri. Pentingkan diri sendiri dari segala-galanya ketika saat genting sebegini. Kasihanilah diri.
Sebuah kajian mendapati, apabila seseorang fokus dan mempunyai misi yang mahu dicapainya dalam masa terdekat, ia akan bantu seseorang itu untuk membayangkan kebahagiaan seterusnya merealisasikan matlamat berkenaan secara bersunngguh-sungguh. Apabila marah dengan orang, jangan balas dendam secara fizikal tetapi balaslah dendam dengan mencapai kejayaan. Buktikan yang diri anda BOLEH!
#7 Paksa Diri Ukir Senyuman
Kalay dah lakukan semua perkara di atas tetapi mood anda masih sedih dan tertekan, jalan terakhir adalah dengan memaksa diri untuk senyum. Tak susah pun kan?
Pakar Psikologi berkata, perbuatan ‘mengacah’ senyuman seolah-olah sedang senyum kepada orang lain biarpun tiada sesiapa di hadapan anda dapat merangsang pengurangan tekanan lalu menarik aura positif.
Perbuatan berpura-pura senyum akan membuatkan otak berasa anda sedang benar-benar gembira lalu jiwa serta-merta akan jadi seronok apabila otak sudah mengubah pemikiran yang negatif tadi menjadi positif!
Selamat beramal! ❤️
RUJUKAN