Baru-baru ini, menerusi program televisyen SBS “It’s Okay to Go a Little Crazy”, salah seorang ahli Girls’ Generation Hyoyeon mendedahkan kehidupannya di rumah kepada umum.
Terkenal dengan sikap perahsia, keberaniannya untuk menunjukkan kepada umum kehidupan seharian dipuji netizen.
SBS “It’s Okay to Go a Little Crazy” adalah rancangan yang mendedahkan hobi para selebriti dan memberi gambaran kehidupan yang mereka jalani dengan lebih dekat lagi, bahkan di sinilah kita dapat melihat sisi sebenar selebriti pujaan ramai.
Kediaman kontemporari Hyoyeon yang luas dan kemas, membuatkan netizen kagum melihat bertapa mewahnya kehidupan penyanyi 28 tahun ini.
Memilih permukaan lantai bahkan dinding berasaskan batu yang berkilat dan mudah dijaga, rumah Hyoyeon lain dari yang lain.
Berkat keras selama ini, Hyoyeon kini gembira dengan kehidupannya.
Kediaman Hyoyeon nampak lebih kemas dari Bae Suzy kan…..