Benugn Prostatic Hyperplasia ataulebih dikenali dengan singkatan BPH adalah kondisi pembengkakan prostat. Prostat yang merupakan kelenjar dalaman lelaki itu pada asalnya hanyalah sebesar kacang walnut dan ianya berfungsi untuk menghasilkan sperma
Namun begitu, apabila usia seseorang lelaki itu meningkat, prostat akan semakin membesar bahkan menyumbang kepada kadar perubahan hormon lelaki yang berkenaan. Pembesaran saiz prostat itu kemudian bakal mengganggu proses kencing -menyebabkan saluran kencing tersumbat yang menyebabkan air kencing disimpan terlalu lama dalam pundi kencing.
Rajah Menunjukkan Kelenjar Prostat Yang Merupakan Organ Utama Menghasilkan Sperma
Biarpun pembengkakan atau pembesaran prostat itu tadi bukanlah sejenis penyakit kanser dan tidak berbahaya tetapi, ianya akan menyebabkan si penghidap jadi tidak selesa serta mengalami kesakitan apabila kencing tidak lawas. Lebih parah apabila penghidap akan ulang-alik ke tandas setiap malam untuk membuang air kecil bahkan ada juga kes yang lebih serius menyebabkan air kencing yang keluar bercanpur dengan darah.
Bagi menyedarkan kaum lelaki masa kini betapa pentingnnya mendapatkan rawatan awal bagi mengenal pasti perubahan prostat mereka, GlaxoSmithKline pharmaceutical Sdn Bhd (GSK) bersama Malaysian urological Association (MUA) dengan sokongan Blue Cap Movement tampil dengan beberapa siri inisiatif pendidikan untuk menyampaikan maklumat berkenaan ‘saiz yang besar’ bukanlah segala-galanya.
Menurut kajian, dijangka sebanyak 612 juta kes berkenaan prostat bakal berlaku di seluruh dunia menjelang 2018 nanti. Seramai 50 peratus lelaki berumur 51 hingga 60 tahun diserang penyakit prostat manakala lebih 90 peratus lelaki berumur 80 tahun dan ke atas lebih mudah terkena penyakit itu. Secara amnya, lelaki yang berumur 40 tahun ke atas dan mempunyai sejarah keluarga yang menghidap BPH lebih berisiko menghidap penyakit yang sama.
Ramai lelaki yang berasa malu untuk membincangkan topik ini malah takut berjumpa doktor bagi mengenal pasti perubahan yang berlaku terhadap alat sulit serta sistem perkumuhan mereka.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [my.gsk.com] atau lawat laman Facebook rasmi di [www.facebook.com/GSK].