Sistem penghadaman amat penting untuk kesihatan seorang manusia. Penghadaman yang sihat dan aktif menunjukkan tahap kesihatan yang baik dari segi kegiatan aktiviti harian serta pemakanan. Tapi bila ditanya, ramai kini rata-rata menghadapi ketidakselesaan perut. Masalah sukar membuang air besar atau sembelit bukan perkara yang luar biasa lagi kadangkala ia sudah menjadi suatu yang normal.
Menurut dari pakar, waktu terbaik untuk ‘membuang’ ialah pada waktu pagi dan sekurang-kurang sekali sehari. Tak dapat penulis bayangkan rasa lesu, sakit kepala, badan tidak bermaya dan banyak lagi akibat sembelit. Sembelit bukan sahaja kesukaran membuang najis tapi ia juga menyebabkan najis menjadi keras dan kering.
Bagi mereka yang sembelit, seeloknya elakkan mengambil makanan yang tinggi fiber dari:
- Bahan tenusu
- Daging merah
- Snek atau makanan ringan
- Makanan sejuk beku
- Makanan bergoreng
Atau atasinya dengan: Jom Cuba! Atasi Sakit Sembelit Dengan 4 Resepi Berkesan Ini.
Walaubagaimanapun pasti ada sebahagian dari anda yang sudah acap kali berhadapan dengan masalah sembelit. Secara tidak langsung ia buat anda rasa tertekan bukan, mari kita ketahui apa yang membuatkan penghadaman anda sering ‘tersumbat’?
Kerap tahan
Rasa untuk membuang bukan suatu yang boleh dikawal, ia datang pada bila-bila masa apabila ia telah selesai dikompres. Jadi jika anda rasa untuk ke tandas lakukannya dengan segera jangan tahan lagi. Akibat dari selalu tahan, rasa membuang akan hilang dan menyebabkan sembelit.
Perubahan hormon
Para wanita pasti perasan dengan perubahan ‘ke tandas’ apabila menghampiri waktu haid. Hormon estrogen yang tinggi boleh memberi kesukaran pada sistem penghadaman.
Kurang pengambilan air
Air amat penting untuk kesan hidrasi dan kelancaran sistem tubuh badan tanpa air badan boleh menjadi lemah dan najis kering. Seeloknya ambil dua atau empat gelas (lebih) air kosong dan cuba ambil minuman suam pada waktu pagi.
Tidak aktif
Kurang bergerak atau tidak bersenam beri kesan pada isu dalaman juga. Cuba anda bersenam sekurang-kurang seminggu sekali, ia membantu untuk menguatkan dan mengaktifkan otot usus.
Kafein terlalu banyak
Pergerakan najis dibantu oleh cecair dalam badan iaitu air, akibat dari pengambilan kafein berlebihan ia menyerap air dalam badan dan beri kesan dihidrasi.
Masalah sembelit yang kerap boleh beri kesan serius pada kesihatan dan membawa kepada penyakit kanser usus akibat terkena jangkitan kuman. Jadi, jangan sesekali amat mudah tentang ‘rasa nak ke tandas’ sebab penulis kenal ramai yang gemar melengah-lengah waktu untuk membuang.