Racangan jualan langsung popular yang dihoskan pengacara nombor satu negara Datuk Aznil Haji Nawawi bersama Raianna Rahman iaitu GO Pak Nil bakal menemui penonton mulai esok, 6 Disember 2017 pada jam 10am hingga 12pm untuk musim yang ke-2!
Menjanjikan lebih interaksi yang bisa membangkitkan aura keterujaan penonton, ternyata Pak Nil dan Rianna bakal mengetengahkan pembaharuan untuk Go Pak Nil musim baharu ini.
Sebagai seorang pengacara yang berpengalaman dan dikenali, apa inisiatif yang Pak Nil/ Raianna gunakan untuk mendekati penonton khususnya dalam Go Pak Nil musim ke-2?
PN: Untuk musim kedua ni, inisiatif Pak Nil adalah mendekatkan diri lagi dengan penonton penonton. Pak Nil teringin nak buat lawatan di mana peminat-peminat Go Pak Nil dapat tengok Pak Nil memasak depan mata dan mereka boleh menyertai sekali.
Rai: Bagi Rai, saya ingin kekalkan keserasian antara Pak Nil dengan Rai sebab saya rasa cara kami bekerja memang cukup cocok. Seorang ni lebih terbuka, lebih relax dan Rai mungkin tak sesantai Pak Nil tapi saya rasa disebabkan sifat-sifat kami yang berbeza yang menjadikan rancangan ini cukup menarik dan lengkap. Tentu sekali inisiatif yang Rai akan membawa untuk musim kedua ialah barangan yang lebih menarik, memberikan penonton Go Pak Nil lebih pilihan dan tentu sekali harga, pakej dan komposisi yang lebih hebat!
Apa pendapat Pak Nil/ Raianna tentang program jualan langsung seperti Go Shop?
PN: Bagi Pak Nil, program jualan langsung seperti Go Pak Nil sangat memudahkan. Satu yang saya kagumi ialah Go Shop sangat cepat menghantar barang. Ia tidak seperti barangan yang dipesan atas talian yang lain. Kadang-kala ia mengambil masa seminggu atau dua minggu dan barangannya pula tiada jaminan untuk ditukar. Kalau kita terima barangan yang rosak, maka rosaklah barangan itu. Tapi di Go Shop, adanya jaminan dan apa yang Pak Nil paling suka ialah dia ada wajah Pak Nil! Jadi bila ada wajah Pak Nil, ia lebih meyakinkan dan kalau nak menipu orang, maknanya Pak Nil yang menipu. Pak Nil sendiri akan mengambil inisiatif jika adanya pelanggan yang tidak puas hati dengan pesanan mereka dan menghubungi Pak Nil secara langsung. Pak Nil akan membawa aduan itu ke pihak yang boleh membantu. Jadi inilah kebaikan jualan secara langsung Go Shop – ia lebih dijamin.
Rai: Kalau bagi Rai, Rai sukakan program jualan secara langsung seperti Go Shop dan juga Go Pak Nil ini kerana kami memberikan sentuhan peribadi apabila kami mempromosikan barangan tersebut. Bila kami terangkan tentang komposisi barangan di Go Shop dan juga Go Pak Nil, kami terangkan dengan terperinci dan menggunakan pengalaman peribadi menggunakan produk itu.
PN: Rai dan Pak Nil juga berpeluanng cuba sendiri barangan tersebut. Setiap kali kami mencuba, kami akan merakamkan. Dan rakaman itu adalah rakaman yang jujur sebab ia adalah video yang dirakamkan di rumah dan tiada apa-apa penyuntingan yang dilakulan. Ia memang sebenarnya apa yang kita lalui.
Kelainan yang Pak Nil/ Raianna cuba tonjolkan dalam Go Pak Nil musim ke-2?
PN: Pak Nil rasa ini adalah satu cabaran untuk musim kedua jika ada orang yang mengatakan semuanya sama sahaja. Pak Nil takut perubahan itu tidak sesuai untuk penonton-penonton, jadi buat masa ini, kami cukup selesa dengan acuan yang ada sekarang. Kalau nak berubah sedikit kita akan buka pintu untuk penonton penonton menelefon studio – itu mungkin ada lojiknya. Yang lagi satu, penonton di studio mungkin boleh memberi pendapat secara langsung juga dan ini lebih telus.
Rai: Saya setuju dengan Pak Nil saya rasa saranan nombor satu di mana-mana penonton di rumah, di pejabat, tak kira mereka berada di mana – boleh berkomunikasi secara langsung. Jadi dalam dua jam itu – pukul sepuluh pagi hingga pukul dua belas tengah hari, mungkin ada sesi untuk pihak produksi membenarkan penonton-penonton ingin bertanya, “Pak Nil, kalau periuk ni boleh tak saya guna untuk menggoreng?”, contohnya ataupun mereka boleh hantar pesanan ringkas dan kami boleh menjawabnya secara langsung.
Julung kali selepas musim pertama terdahulu, Pak Nil/ Raianna mengacarakan program seumpamanya jadi bagaimana Pak Nil/ Raianna persiapkan diri dan sesuaikan diri?
PN: Pak Nil selalu pesan diri jangan melatah – kita bukan melatah tapi kadang kadang sesuatu berlaku kita akan terkeluar – itu persiapan diri dari segi mental supaya kita tidak jadi bahan sensasi yang salah. Pak Nil lebih suka jadi bahan sensasi yang betul sebab barangan itu bagus, sebab produk itu menawan, sebab produk itu berbaloi berbanding daripada cerita-cerita negatif tentang cara host dia melayan tetamu, ataupun melakukan kerja, cara berpakaian – itu adalah satu benda Pak Nil selalu pesan kalau rancangan yang ditonton oleh suri rumah Pak Nil akan ingatkan diri "Ini bukan tentang anda, ini adalah tentang produknya.
Rai: Bagi Rai pula, sebab Rai mengacarakan Go Pak Nil bersama Pak Nil, apa yang Rai lakukan untuk persiapan diri, sudah tentu kali pertama apabila saya bergandingan dengan Pak Nil saya tahu dan saya kenal Pak Nil adalah seorang yang sangat professional, jadi sudah tentu antara benda benda yang Rai siapkan ialah – bersikap professional, selalu tepat masa, jangan lambat – perkara macam ini, yang saya dengar dan belajar mengenai tabiat ataupun disiplin Pak Nil. Nombor dua, selepas tamat satu musim dengan Pak Nil, apa yang saya belajar dan saya persiapkan diri setiap kali sebelum setiap episode adalah saya akan masuk studio dengan fikiran terbuka. Sebab saya tahu Pak Nil sangat spontan jadi bagi Rai, jangan terlalu menghadkan diri, terlalu tegar mengikut skrip. Rai ikut moto setiap kali buat Go Pak Nil, Ikut alirannya” Kalau Pak Nil berjenaka, kita pun berjenaka sebab kalau kita menonton episode Go Shop yang biasa, kita akan tertumpu dan kita akan terikat pada skrip.
Menurut Pak Nil/ Raianna, bagaimana tabiat pembeli hari ini dan apakah elemen paling penting yang perlu dipertimbangkan sebagai seorang pembeli yang bijak?
PN: Satu, kepercayaan. Kepercayaan kepada nama – nama itu tak kira jenama barangan, atau jenama rancangan atau nama orang yang berada di depan kamera itu, di kaca TV anda. Saya hairan kalau kita tidak menonton Go Shop dan pergi ke kedai sendiri – kerja penjual itu adalah untuk memikat orang membeli. "Semakin banyak anda membeli, lebih banyak komisen atau jualan untuknya” Tapi bagi Go Pak Nil, kami tiada tanggungjawab itu. Tanggungjawab Pak Nil adalah untuk meyakinkan orang bahawa barangan yang Go Pak Nil jual adalah barangan yang berkualiti. Kemampuan adalah subjektif – ada orang rasa produk berharga RM500 murah, ada orang rasa produk berharga RM200 mahal. Kepercayaan mereka menonton ini adalah Pak Nil – jadi yang paling penting yang harus dipertimbangkan oleh pembeli yang bijak ialah percaya kepada jualan itu. Jangan anda beli tanpa ada rasa percaya dan percaya itu adalah slogan Go Pak Nil.
Rai: Tabiat pembeli hari ini yang Rai perhatikan ialah mereka lebih bijak memilih dan pandai mencari fakta. Contohnya, sebagai seorang pengguna dan juga pembeli, saya ingin tahu lebih banyak mengenai produk itu – sebab itu, Go Pak Nil dan Go Shop adalah satu rancangan yang cukup bermanfaat kerana mereka terangkan isi, latar belakang, saiz, spesifikasi setiap produk yang mereka jualkan. Bagi saya, tabiat pembeli hari ini mereka cukup bijak dan mereka dahagakan maklumat mengenai barangan yang mereka membeli. Dan apakah elemen yang paling penting yang perlu dipertimbangkan sebagai seorang pembeli yang bijak seperti yang saya sebutkan – fakta, informasi dan kualiti. Dan itulah yang kami tawarkan di rancangan Go Pak Nil.
Untuk pengetahuan semua, Go Shop adalah sebuah program jualan langsung televisyen yang beroperasi selama 24 jam setiap hari menerusi saluran Astro 118 dan 303, membolehkan penonton untuk menempah serta membeli dalam sekelip mata dengan hanya membuat panggilan ke talian bebas tol 1800-82-0088.
Untuk keterangan lanjut, sila layari layari [www.goshop.com.my] atau lawat laman Facebook rasmi GO Shop di [www.facebook.com/ShopatGOSHOP].